Warga emas lemas ketika pasang jaring ikan

Anggota bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat mangsa di sebuah kolam di Jalan Cendana 6, Taman Cendana Pasir Gudang, petang Isnin. Foto JBPM
Anggota bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat mangsa di sebuah kolam di Jalan Cendana 6, Taman Cendana Pasir Gudang, petang Isnin. Foto JBPM
A
A
A

PASIR GUDANG - Seorang lelaki ditemukan lemas ketika memasang jaring di sebuah kolam di Jalan Cendana 6, Taman Cendana di sini, petang Isnin.

Komander Operasi Balai Polis Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Pegawai Bomba Kanan I Sharol Suboh berkata, mangsa Soppigan Katiman, 63, ditemui pada kedalaman kira-kira 6.09 meter.

Menurut beliau, seramai 10 anggota bersama sebuah dua unit jentera dikejarkan ke lokasi selepas menerima maklumat mengenai insiden itu pada jam 6.33 petang.

"Anggota tiba di tempat kejadian yang terletak kira-kira tujuh kilometer dari balai bomba, pada jam 6.40 petang.

"Operasi mencari mangsa segera dijalankan menggunakan alat khas 'grappling iron'.

"Mangsa akhirnya ditemukan pada kedalaman 6.09 meter dan berada pada jarak 6.09 meter dari tebing kolam," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurut Sharol, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayatnya diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya.

"Operasi ditamatkan pada jam 7.28 malam," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!