Polis kesan remaja perempuan 14 tahun hilang
SUBANG JAYA - Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang dari kediamannya di Taman Puchong Perdana di sini, sejak 9 Disember lalu.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, kehilangan K A Yuvina Rathy dilaporkan pada jam 7.17 malam.
"Remaja itu berketinggian kira-kira 165 sentimeter dengan berat kira-kira 55 kilogram, warna kulit sawo matang, hidung mancung, berambut panjang lurus dan hitam," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Wan Azlan berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan remaja itu diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran.
"Orang ramai juga boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di talian 03-78627222/03-78627100," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!