Pak Mat, pengusaha warung teh tarik madu Pulau Pisang meninggal dunia
KOTA BHARU - Pengusaha warung teh tarik madu dan sup kepala ikan Pulau Pisang yang terkenal di Kelantan, Nik Mohd Noor Mohamad, 60, atau dikenali dengan gelaran Pak Mat Teh Tarik Madu meninggal dunia pada Selasa.
Menantunya, Mohd Khairi Mohamad berkata, bapa mentuanya itu menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 10.20 pagi semasa sedang berehat di dalam bilik.
"Sebelum itu, bapa ada mengadu sakit dada dan sesak nafas, kemudian meninggal dunia.
"Jenazah akan dikebumikan selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Islam Kedai Buluh di sini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Menurut Mohd Khairi, Pak Mat mempunyai lima orang anak.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!