Kadar pematuhan caruman KWSP di Pulau Pinang ketiga tertinggi dalam negara

Kon Yeow dan Jeffary merasmikan Majlis Anugerah Majikan Terbaik KWSP 2024 pada Selasa.
Kon Yeow dan Jeffary merasmikan Majlis Anugerah Majikan Terbaik KWSP 2024 pada Selasa.
A
A
A

GEORGE TOWN - Kadar pematuhan caruman dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Pulau Pinang adalah yang ketiga tertinggi dalam negara dengan kadar peratusan sebanyak 99.15 peratus.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, kerajaan negeri yakin untuk mencapai 100 peratus sekiranya semua majikan menyahut inisiatif untuk memantapkan kolaborasi bersama KWSP.

"Saya yakin sekiranya kesemua majikan menyahut inisiatif untuk memantapkan kolaborasi bersama KWSP, masih ada ruang untuk kita mencapai 100 peratus kadar pematuhan caruman di Pulau Pinang," katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Majlis Anugerah Majikan Terbaik KWSP 2024 di sini pada Selasa.

Menurutnya, dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, sebanyak RM31.38 bilion pelaburan berjaya direalisasikan di Pulau Pinang.

"Rekod ini bersama pencapaian lain saban tahun merupakan sebuah cerminan bahawa negeri ini menyumbang secara signifikan kepada pembangunan ekonomi negara dengan sektor pembuatan dan perkhidmatan menjadi pemacu utama.

"Namun, pencapaian ini hanya dapat dikekalkan dan ditambah baik sekiranya majikan dapat memikul tanggungjawab dengan memastikan bayaran gaji yang adil dan tepat pada masanya, faedah yang bersesuaian, persekitaran pekerjaan yang baik, bertolak ansur serta memperlakukan para pekerja dengan ihsan termasuk memastikan pembayaran caruman KWSP dilaksanakan tanpa gagal," katanya.

Tambahnya, tanggungjawab sebagai pemimpin bukan sesuatu yang mudah yang mana terdapat pelbagai aspek dan perincian yang perlu diberikan perhatian supaya semua urusan dapat dilaksanakan dengan adil, progresif serta menjana manfaat dan keuntungan kepada semua pihak.

"Bagaimanapun, saya tegaskan bahawa aspek kebajikan pekerja juga perlu diberikan perhatian khusus bagi menguatkan kepimpinan manusiawi yang kini semakin sukar ditemui dalam dunia yang mengejar keuntungan dan kedudukan semata-mata," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Pengarah KWSP Wilayah Utara, Jeffary Mohamed Isa berkata, sejumlah 112,083 majikan yang berdaftar di seluruh Wilayah Utara yang mana, 43,042 atau 38 peratus adalah dari Pulau Pinang.

Menurutnya, daripada jumlah itu, seramai 32 majikan akan dinobatkan sebagai Majikan Terbaik Negeri Pulau Pinang untuk tahun 2024.

Dalam pada itu, Jeffary berkata, sehingga Oktober lalu, tahap kecukupan simpanan ahli bagi Pulau Pinang adalah pada kadar 29 peratus.

"Sejumlah 199,000 ahli bawah umur 55 tahun telah mencapai kadar simpanan asas yang ditetapkan oleh

KWSP Pulau Pinang juga merupakan negeri yang mencatatkan kadar celik kewangan yang tertinggi di Wilayah Utara sebanyak 36 peratus berbanding purata kebangsaan pada 29 peratus.

"Ini merupakan bukti komitmen utuh kerajaan negeri dalam menjayakan agenda persaraan KWSP dan khusus dalam membantu lebih ramai ahli mengharungi masa depan persaraan yang lebih baik," ujarnya.

Jelas beliau, sepanjang Januari sehingga November tahun ini, lebih 400 program libat urus telah dilaksanakan di seluruh Pulau Pinang.

"Ini turut menyumbang secara positif kepada pengaktifan lebih 634,000 ahli KWSP di seluruh negeri. Pulau

"Pinang merupakan antara negeri yang pertama untuk mengumumkan sumbangan sokongan bagi i-Suri pada tahun 2022.

"Sehingga kini, kerajaan negeri telah menyumbang lebih RM2juta bagi membantu ahli i-Suri di Pulau Pinang, dengan insentif dari kerajaan berjumlah RM19.5 juta untuk manfaat semua ahli i-Suri di Pulau Pinang," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!