75 tahun TNB berjasa menerangi Malaysia
TNB memainkan peranan yang besar untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada 10 juta pelanggan.
A
A
A
TNB merupakan sebuah syarikat yang terlibat dalam pelbagai bidang termasuk penjanaan, penghantaran dan pembahagian tenaga elektrik.
Kehadiran TNB juga turut berada di persada antarabangsa terutamanya di beberapa negara lain dalam bidang tenaga boleh baharu (TBB), malah TNB mempunyai portfolio yang besar di Semenanjung Malaysia dan di luar negara.
TNB terus maju bersama negara dengan berinovasi dan melabur secara signifi kan untuk memacu pertumbuhan ekonomi hijau serta perkembangan industri kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.
Langkah itu dilihat sebagai usaha untuk menyokong inisiatif kerajaan dalam mengurangkan jejak karbon dan mempromosikan penggunaan tenaga yang lebih bersih sekali gus memacu pertumbuhan strategik serta menyokong usahanya untuk menjadi penyedia solusi tenaga lestari yang terkemuka di Malaysia dan antarabangsa.
Pelaburan TNB adalah langkah tepat pada masanya terutama ketika dunia semakin menumpukan perhatian kepada perubahan iklim sekali gus menunjukkan komitmennya dalam menyokong matlamat pembangunan mampan negara.
Pelaburan modal TNB itu diharapkan bukan sahaja dapat memberikan manfaat kepada ekonomi tetapi membantu Malaysia mencapai sasaran neutral karbon menjelang tahun 2050.
Kemampuan TNB membuat pelaburan
Kemampuan TNB untuk membuat pelaburan modal yang besar adalah penting bukan sahaja untuk memastikan jaminan bekalan tenaga berterusan di Malaysia tetapi juga untuk menyokong portfolio TBB yang dimiliki olehnya.
Dalam usaha itu, TNB akan dapat menyokong pelaksanaan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) yang diperkenalkan Kerajaan Madani selain memudahcara komitmen TBB Malaysia.
Syarikat utiliti itu perlu membangun infrastruktur dan melabur dalam sistem baharu, melakukan penambahbaikan, penggantian serta menaik taraf dan aset yang semakin uzur untuk memenuhi permintaan dan harapan pengguna elektrik sedia ada serta pengguna baharu.
TNB mengunjurkan peruntukan pelaburan yang lebih tinggi sehingga dua kali ganda untuk melaksanakan mekanisme Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) bagi Tempoh Kawal Selia Keempat (RP4) di antara 2025 hingga 2027 berbanding RM21 bilion bagi IBR RP3 untuk tempoh 2022 hingga 2024.
Kemampuan untuk membuat pelaburan modal yang besar bergantung kepada cadangan IBR bagi RP4 yang kini sedang dibincangkan dengan kerajaan dan Suruhanjaya Tenaga, pihak kawal selia yang memastikan industri tenaga dibangunkan dengan efi sien dan mampan.
Sebagai pemilik dan pengendali grid nasional di Semenanjung Malaysia, TNB dilihat sebagai pemangkin penting bagi NETR di mana keperluan perbelanjaan modal adalah penting untuk pengukuhan grid.
Berdasarkan rekod prestasinya, tidak ada keraguan bahawa TNB akan mengutamakan pelaburan infrastruktur yang efi sien untuk memastikan grid yang kukuh yang menyokong integrasi tenaga bersih yang kian meningkat.
Pulangan saksama penting dalam RP4
Dalam konteks ini, tindakan untuk memastikan pulangan yang wajar adalah kritikal di bawah RP4, terutamanya dengan RP4 dirancang untuk menyokong cita-cita NETR kerajaan yang memerlukan pelaburan yang tinggi.
Berlandaskan pulangan saksama, TNB dapat membantu dengan membuat pelaburan yang bukan sahaja menyokong agenda peralihan tenaga negara dan merangsang ekonomi tetapi ia secara asasnya mentransformasikan pengalaman pelanggan dan memperkasakannya dengan penyelesaian yang inovatif.
Menerusi pulangan yang saksama bagi menarik pelaburan secara mampan, TNB berada pada kedudukan yang baik untuk terus melabur dalam sistem pembekalan elektrik bagi penghasilan tenaga elektrik yang stabil dan berdayaharap selain memberikan perkhidmatan bertaraf dunia kepada rakyat.
Secara ringkasnya, syarikat itu akan meneruskan apa yang disifatkan sebagai khidmat negaranya dan menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi Malaysia selain memastikan pulangan wajar kepada pemegang saham.
Pada masa sama, peranan TNB yang kini telah berusia 75 tahun sebagai penyedia perkhidmatan dalam bidang elektrik yang bertanggungjawab memastikan tenaga cahaya dinikmati lebih 10 juta pelanggan tidak dapat dinafikan.
Ia merupakan antara jasa daripada pelaburannya yang efi sien selama beberapa dekad ini.
Sebagai penggiat utama dalam memacu peralihan negara ke arah kemampanan, TNB juga bergiat aktif ke arah pemodenan prasarana tenaga di negara ini bagi menyokong perjalanan Malaysia mencapai matlamat pelepasan karbon sifar bersih.
31 peratus TBB menjelang 2025
Pertambahan bilangan pengguna TBB atau mereka yang membeli komponen elektronik iaitu komponen penting bagi mencapai matlamat 31 peratus TBB menjelang 2025 juga bermakna grid sedia ada perlu bersedia menangani lonjakan aliran tenaga yang semakin kompleks.
Jumlah sumber saluran tenaga yang terus meningkat seperti panel solar dan sistem penyimpanan tenaga turut menambah cabaran signifi kan ke atas infrastruktur sedia ada.
Sebagai contoh, sasaran memastikan 1.5 juta kenderaan elektrik di jalan raya menjelang 2040 merupakan kenaikan yang siginifi kan lebih daripada 30,000 kenderaan elektrik yang didaftarkan di negara pada masa ini.
Sejajar dengan kedudukan sektor pengangkutan global sebagai penyumbang besar pelepasan gas rumah hijau, ia menjadi satu anjakan yang perlu dilakukan seawal mungkin dan memerlukan grid yang berupaya menangani turun naik dalam permintaan.
Meskipun grid tenaga negara berdaya harap dan stabil, ia perlu diperkukuhkan dan dipermodenkan bagi mencapai tahap fl eksibel yang diperlukan bagi tahun-tahun akan datang.
Menyedari potensi pertumbuhan dunia dalam industri tenaga bersih, dengan anggaran pelaburan sebanyak AS$1.7 trilion pada 2023, Malaysia memberi tumpuan kepada pembangunan TBB, kecekapan tenaga (EE) dan pengukuhan grid.
Usaha mentransformasikan grid tenaga Malaysia bagi memenuhi permintaan masa hadapan melibatkan lebih daripada sekadar kemajuan untuk penjanaan dan pembahagian tenaga yang lebih tinggi.
Teknologi grid pintar
Oleh kerana itu, TNB mengguna pakai teknologi grid pintar, merangkumi meter pintar, sistem pemantauan dan kawalan grid termaju serta langkah keselamatan siber yang teguh, selaras dengan piawaian antarabangsa seperti ISO 55001.
Namun, terdapat ruang luas untuk kemajuan, terutama dengan pembangunan sistem maklumat geografi digital komprehensif yang berterusan bagi pengurusan grid tenaga yang lebih cekap.
Menerusi Program Utiliti Pintar (Smart Utility), TNB sedang giat merangka peranan penting bagi rangkaian pembahagian dalam usaha meningkatkan fl eksibiliti grid Malaysia dan mempersiapkannya untuk memenuhi keperluan masa depan yang dipacu oleh inovasi dan kemajuan teknologi.
Pertumbuhan keperluan tenaga di Asia Tenggara yang pesat dalam beberapa tahun kebelakangan ini menekankan keperluan grid yang mampu mengendalikan perubahan penjanaan dan penggunaan tenaga dengan cekap.
TNB akan berada dalam kedudukan yang baik untuk memainkan peranan memastikan industri tenaga dapat mengekalkan keseimbangan antara kebolehpercayaan sistem, kemampanan bekalan dan kemampuan rakyat membayar tarif.
Sementara itu, kekurangan pelaburan dalam sektor tenaga boleh menyebabkan gangguan dan terputusnya bekalan seperti berlaku di Amerika Syarikat pada dekad yang lepas.
Sebaliknya, pelaburan sistem tenaga oleh TNB sangat penting dalam menjamin bekalan tenaga yang mencukupi dan berdaya harap serta memberi manfaat besar kepada ekonomi hijau negara di samping menjana pulangan saksama untuk kalangan pemegang sahamnya.
Adalah penting untuk rakyat menyedari bahawa kejayaan pelaksanaan RP4 dengan pulangan saksama dan pelaburan dalam sistem tenaga adalah penting bagi TNB untuk terus memastikan bekalan tenaga yang terjamin dan berdaya harap untuk seluruh warga Malaysia.
TNB akan terus komited dalam melaksanakan inisiatif-inisiatif demi memberikan perkhidmatan berkelas dunia kepada rakyat ke arah masa depan tenaga yang mampan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!