Jauhi produk tiruan USANA

No Image Caption
A
A
A
SHAH ALAM - Peneraju penghasilan suplemen kesihatan, USANA Health Sciences menggesa orang ramai agar berhati-hati dengan produk tiruan yang menggunakan jenama USANA yang dijual di platform dalam talian.

Ketua Pegawai Komersial USANA, Brent Neidig, berkata, pihaknya amat kecewa melihat produk tiruan USANA di pasaran yang menyebabkan kekeliruan dan menimbulkan keraguan dalam kalangan pelanggan.

“Pihak kami telah membuat laporan polis dan aduan rasmi kepada jabatan kerajaan yang berkenaan. Kami bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk membendung isu ini. Kami tidak bertolak ansur dengan sebarang pelanggaran yang boleh menjejaskan kesihatan pelanggan dan perniagaan kami.

“Jika anda tidak pasti tentang ketulenan produk USANA yang anda miliki, hubungi pasukan khidmat pelanggan USANA di tempat anda,”katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Jualan USANA, David Mulham berkata, pihaknya amat mementingkan kualiti produknya.

“Jika anda membeli produk USANA daripada sumber yang tidak sah, kami tidak dapat menjamin bahawa anda akan menerima semua manfaat yang kami tawarkan.

“Kami berharap agar mesej ini menjangkaui seluruh pasaran agar orang ramai tidak membeli produk daripada saluran yang salah,”katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan produk tulen USANA dengan membeli dari laman web USANA itu sendiri atau daripada pengedar yang sah.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang USANA dan produk mereka, sila layari USANA.com.
Artikel Berkaitan:


Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!