Hajat jumpa Abam Bocey tak kesampaian

Surina (dua dari kanan) bersama anak dan cucunya datang dari Melaka untuk menziarahi pusara Abam petang tadi.
Surina (dua dari kanan) bersama anak dan cucunya datang dari Melaka untuk menziarahi pusara Abam petang tadi.
A
A
A

GOMBAK - Sebuah keluarga terkilan apabila hajat bertentang mata dengan Allahyarham Abam Bocey atau nama penuhnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 32, tidak kesampaian sebaliknya hanya pusara pelawak itu yang dapat dikunjungi.

Surina Abd Ghani, 51, berkata, dia sanggup menempuh perjalanan lebih dua jam dari Melaka semata-mata untuk menunaikan hajat cucunya menziarahi pusara Allahyarham.

Kongsinya, perwatakan Abam yang comel dan lucu antara punca mereka sekeluarga meminati arwah sejak awal kemunculannya.

"Abam kalau buat lawak, kalau tak ketawa memang tak sah. Sejak dia jadi artis kami jatuh sayang, kesian pun ada bila dia dijadikan bahan usikan. Apabila dia menang, kami turut sama bersorak gembira.

"Masa dapat berita pemergiannya, kami dah puas menangis tapi tak boleh nak melawat pada hari itu sebab kami berniaga, jadi bila dapat datang hari ini saya rasa dah lepas satu beban," katanya.

Orang awam yang menziarahi pusara Abam sewaktu tinjauan Sinar Harian petang tadi.
Orang awam yang menziarahi pusara Abam sewaktu tinjauan Sinar Harian petang tadi.

Katanya, mereka sebelum ini pernah dijanjikan oleh orang tengah untuk mengatur pertemuan dengan Abam namun sehingga kini janji tinggal janji.

"Kami dah kumpulkan apa yang diperlukan untuk membolehkan kami bertemu Abam, tapi itulah senyap saja.

Artikel Berkaitan:

"Kami anggap tiada rezeki. Kami akan terus berikan sokongan kepada kumpulan Bocey dan harap mereka teruskan perjuangan arwah," katanya.

Terdahulu, tinjauan Sinar Harian semalam mendapati, pusara Abam terletak Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu tidak sunyi daripada dikunjungi orang ramai yang mengambil masa hujung minggu untuk berziarah.

Kesempatan itu turut digunakan seorang pekerja swasta, Jas Ermadi Erman, 34, yang menziarahi pusara Abam bersama keluarga dari Klang termasuk tiga anaknya.

Jas Ermadi
Jas Ermadi

"Anak-anak memang peminat Abam dan saya juga jadi minat kerana arwah antara artis yang tiada kontroversi dan disenangi.

"Selepas arwah pergi dan dikongsi pula akan kebaikan sepanjang hayatnya membuatkan saya kagum dan menjadi inspirasi untuk mencontohi keperibadiannya," katanya.

Isnin lalu, berita Abam meninggal dunia ketika tidur ditangisi seluruh negara.

Abam meninggalkan isteri, Siti Nurhidayah Mohd Ali dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey yang berusia lapan bulan.

ARTIKEL BERKAITAN: Penjaga kubur dedah kebaikan Abam Bocey

[VIDEO] Sikasih buat peminat Abam

'Penat macam mana pun Abam tak pernah tolak program dakwah'

[VIDEO] 'Kalau aku mati tolong kebumikan aku tau...'

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!