SportExcel, Saif jalin kerjasama pintar

Saif menyerlah di pentas SUKMA Sarawak 2024. Foto Touche Fencing Club
Saif menyerlah di pentas SUKMA Sarawak 2024. Foto Touche Fencing Club
A
A
A

YAYASAN Kecemerlangan Sukan Malaysia (SportExcel) mengumumkan kerjasama pintar dengan Saif Nordin sekali gus menandakan satu lagi perjalanan baharu buat atlet lawan pedang muda tersebut.

Menekankan kepentingan kerjasama itu Pengerusi SportExcel, Tunku Tan Sri Imran menyifatkan Saif, atlet berusia 14 tahun yang menyerlah bersama Selangor semasa Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024, Ogos lalu, berada dalam fasa perkembangan kritikal pembentukan kariernya.

“Pada usia 14 tahun, keputusan penting mengenai masa depannya. Atlet berprestasi tinggi tidak terhasil sekelip mata.

“Malah kebanyakannya mengambil masa lebih daripada sedekad untuk membentuk disiplin dan kemahiran diperlukan untuk meraih kecemerlangan,” katanya.

Sementara itu, Saif menyifatkan jalinan kerjasama dengan SportExcel tersebut satu penghormatan dan tanggungjawab besar.

“Saya amat teruja apabila dapat menjadi sebahagian daripada keluarga SportExcel. Ramai atlet berprestasi tinggi berjaya melalui sokongan SportExcel, dan saya berhasrat mengikuti mereka.

“Perjalanan saya baru sahaja bermula. Lawan pedang adalah sukan global, yang dipertandingkan di Sukan SEA, Sukan Asia, dan Olimpik.

“Untuk bersaing pada tahap ini bermakna kita perlu menghadapi yang terbaik. Namun, tiada siapa yang patut mengatakan bahawa rakyat Malaysia tidak boleh melakukannya,” kata atlet tersebut.

Artikel Berkaitan:

INFO

Saif, yang mewakili Selangor dan Malaysia dalam pelbagai kejohanan antarabangsa, kini menjalani latihan di Kelab Lawan Pedang Touche di Petaling Jaya.

Saif dikendalikan ketua jurulatih Andrew Mok, seorang jurulatih bertauliah di bawah Persekutuan Lawan Pedang Antarabangsa (FIE) dan juga mendapat tunjuk ajar daripada bekas atlet kebangsaan, Mok Chek Wlong.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!