Hak Najib diberikan kebebasan penuh – Nik Abduh

Nik Abduh
Nik Abduh
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak seharusnya diberikan kebebasan penuh, bukan sekadar menjalani baki hukumannya di rumah.

Bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, beliau kekal dan semakin teguh dengan pendirian Najib menghadapi perbicaraan 'senget'.

Menurutnya, bekas Presiden UMNO itu tidak diberikan haknya untuk membela diri dengan sempurna.

"Saya tidak cadangkan beliau diberi tahanan rumah. Hak beliau adalah bebas sepenuhnya. Bukan kerana beliau terbukti tidak bersalah, tetapi gagal diberi ruang pembelaan yang sewajarnya.

"Justeru bagaimana pembuktian beraksi sempurna? Pandangan saya, sebagaimana politik negara masih berlakon matang, adakah mahkamah juga penuh lakonan?" katanya menerusi Facebook pada Selasa.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengemukakan isu Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipertimbangkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Pengerusi Lembaga Pengampunan.

Anwar berkata, Lembaga Pengampunan akan mengambil kira beberapa perkara termasuk perjalanan kes, hukuman, sikap di penjara, khidmat dan jasa serta kepercayaan boleh menyempurnakan tanggungjawab dengan baik sebelum membuat keputusan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!