Thailand jinakkan Singapura, tempah slot separuh akhir Piala ASEAN
PENYANDANG juara Thailand melebarkan cengkaman tangga teratas Kumpulan A Piala ASEAN apabila bangkit menjinakkan Singapura, 4-2 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional, Kallang pada Selasa.
The Lions asuhan Tsutomu Ogura, 58, kelahiran Osaka, Jepun yang dibarakan enam mata hasil kemenangan ke atas Kemboja (2-1) dan Timor Laste (3-0) terlebih dulu garang apabila meledak dua gol untuk memimpin perlawanan tersebut.
Pemain Lion City Sailors, Muhammad Shawal Anuar, 33 dan tonggak Tampines Rovers, Muhammad Faris Ramli, 32, masing-masing menjelmakan jaringan Lions minit ke-10 serta m-34 sebelum bintang Gajah Perang, Patrik Gustavsson merapatkan kedudukan minit ke-48.
Gajah Perang bimbingan Masatada Ishii, 57, asal Chiba, Jepun memulakan separuh masa kedua dengan lebih kemas berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan bintang muda Buriram United, Suphanat Mueanta, 22, minit ke-52.
Thailand juara edisi 1996, 2000, 2002, 2014, 2016, 2020 dan 2022 memulakan kempen menewaskan Timor Laste 10-0 diikuti kemenangan tipis 1-0 ke atas Malaysia kendalian Pau Martí Vicente mula di depan hasil jaringan Pansa Hemviboon, 34, minit ke-72, namun dinafikan video bantuan pengadil (VAR).
Anak buah Ishii akhirnya berjaya mencari gol memimpin perlawanan apabila pemain Port FC, Peeradon Chamratsamee, 32, meledak jaringan minit ke-93 biarpun dinafikan VAR akibat 'ofsaid' sebelum itu.
Teerasak Poeiphimai, 22, yang dimasukkan minit ke-66 sebelum itu memadamkan sebarang kebangkitan Lions apabila meledak jaringan minit ke-105 untuk tiga mata ke atas juara 1998, 2004, 2007, 2012 berkenaan sekali gus mengesahkan slot separuh akhir.
Keputusan itu menyaksikan Thailand memimpin Kumpulan A dengan sembilan mata manakala Singapura pula kekal di kedudukan kedua dengan enam mata selepas masing-masing melengkapkan tiga perlawanan.
Singapura akan bertandang ke Stadium Nasional Bukit Jalil, Jumaat ini untuk berdepan Harimau Malaya kini di kedudukan ketiga dengan empat mata dalam perlawanan yang menyaksikan anak buah Vicente tidak pilihan kecuali menang sekiranya juara 2010 berkenaan berhasrat mengiringi Thailand ke separuh akhir.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!