Perut ditikam hanya kerana batuk terlalu kuat

Beberapa individu menangkap suspek yang cuba melarikan diri. Foto Agensi
Beberapa individu menangkap suspek yang cuba melarikan diri. Foto Agensi
A
A
A

KENDAL - Seorang penghibur jalanan mengamuk sebelum menikam seorang individu dalam kejadian menggemparkan yang turut menjadi tular pada Isnin.

Suspek dikenali sebagai Angga Sektiawan itu bertindak menusuk perut mangsa, Abdul Wakhid menggunakan pisau belati di hadapan khalayak ramai di Kaliwungu, Kabupaten Kendal di Jawa Tengah, Indonesia.

Jurucakap polis, Edi Sukamto Nyoto berkata, mangsa, Wakhid sedang membeli makanan haiwan bersama isterinya di salah sebuah toko kemudiannya batuk-batuk ketika lalu di tepi Angga.

"Bunyi batuk mangsa dianggap terlalu kuat oleh pengamen tersebut. Angga yang berasa terganggu sempat bertengkar dengan mangsa sebelum dia menikamnya secara tiba-tiba," ujarnya.

Menurutnya, Wakhid turut berteriak meminta tolong kepada orang ramai yang berada di kawasan itu.

Beberapa individu bertindak pantas menangkap Angga yang cuba melarikan diri.

Siasatan awal mendapati berlaku salah faham kerana Angga menyangka mangsa mengejeknya hingga dia berasa tersinggung.

"Mangsa masih dirawat dan pelaku pula ditahan untuk siasatan lanjut bersama barang bukti iaitu sebilah pisau dan sebuah gitar," jelasnya lagi. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!