Buah tin cecah 120 gram sebiji di Pasir Puteh

Nazry (kanan) sama sekali tidak menyangka 900 pokok tin yang diusahakan di atas tanah seluas 0.6 hektar itu mampu mengeluakan hasil diluar jangkaan.
Nazry (kanan) sama sekali tidak menyangka 900 pokok tin yang diusahakan di atas tanah seluas 0.6 hektar itu mampu mengeluakan hasil diluar jangkaan.
A
A
A

PASIR PUTEH - Percubaan seorang pengasas rumah kebajikan mengusahakan tanaman buah tin di Ladang Buah Tin Pantai Timur, Kampung Permatang Sungkai di sini berbaloi apabila ia mengeluarkan hasil seberat sehingga 120 gram sebiji.

Buah yang sinonim dengan negara Asia Barat itu tumbuh segar menerusi kaedah tanaman fertigasi dan rumah hijau walaupun Malaysia beriklim khatulistiwa.

Percubaan seorang pengasas rumah kebajikan mengusahakan tanaman buah tin di Ladang Buah Tin Pantai Timur, Kampung Permatang Sungkai, Pasir Puteh berbaloi apabila ia mengeluarkan hasil seberat sehingga 120 gram sebiji.

Pemilik AY Benefigs Farm, Datuk Nazry Mohamad Nor berkata, beliau sama sekali tidak menyangka 900 pokok tin yang diusahakan di atas tanah seluas 0.6 hektar itu mampu mengeluarkan hasil di luar jangkaan.

"Pada awalnya tanaman ini diusahakan untuk menjana pendapatan bagi menghasilkan dana untuk membiayai operasi pusat penjagaan warga emas dan pelindung wanita serta 11 rumah anak yatim.

"Semua ini di bawah kelolaan saya. Tanaman pokok tin dipilih kerana ia mudah berbuah, senang dijaga serta mendapat permintaan tinggi dan harganya juga lumayan," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Menurut beliau, pokok tin hanya mengambil masa dua bulan untuk tumbuh kemudian buahnya pula akan masak dalam tempoh dua bulan serta boleh dipetik pada bulan kelima.

Artikel Berkaitan:

Nazry (tengah) menunjukkan buah tin di ladang yang mula dibuka pada penghujung Oktober lalu kepada orang ramai, di mana mereka boleh masuk secara percuma.
Nazry (tengah) menunjukkan buah tin di ladang yang mula dibuka pada penghujung Oktober lalu kepada orang ramai, di mana mereka boleh masuk secara percuma.

Ujarnya, harga pasaran buah itu mencecah RM65 sekilogram kerana khasiatnya yang sangat banyak untuk kesihatan.

Nazry memberitahu, dengan adanya tanaman itu di Pasir Puteh orang ramai tidak perlu bersusah payah untuk mendapatkan buah tin segar malah mereka berpeluang memetik sendiri daripada pokok.

Di Ladang Buah Tin Pantai Timur, Kampung Permatang Sungkai, Pasir Puteh pengunjung juga boleh menikmati ais krim daripada buah tin segar.
Di Ladang Buah Tin Pantai Timur, Kampung Permatang Sungkai, Pasir Puteh pengunjung juga boleh menikmati ais krim daripada buah tin segar.

Tambah beliau, menariknya tanaman yang diusahakan secara organik itu membolehkan buah tin dimakan begitu sahaja tanpa perlu dibuang kulit dan menghasilkan rasa yang manis.

"Ladang ini mula dibuka pada penghujung Oktober lalu kepada orang ramai, di mana mereka boleh masuk secara percuma.

"Sebuah lori penumpang disediakan untuk membawa pengunjung ke ladang sambil menikmati keindahan kampung sejauh 4.5 kilometer.

"Di sini kami ada menyediakan hidangan berbentuk minuman, ais krim berasaskan buah tin," katanya.

Menurut Nazry, untuk masa akan datang selain menjadikan ladang buah tin sebagai tarikan turut akan diadakan ialah mini zoo yang akan menempatkan dua ekor unta, burung merak, kura-kura, kuda dan banyak lagi.

Ujar beliau, diharap dengan tercetusnya agro pelancongan di sini diharap dapat membantu mempertingkatkan ekonomi penduduk setempat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!