Amorim masih percaya kemampuan Antony

Antony
Antony
A
A
A

PENGENDALI Manchester United, Ruben Amorim percaya Antony sedang menyesuaikan diri dengan posisi baharunya sebagai pemain sayap bertahan.

Pemain Brazil itu dimasukkan sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua ketika membantu United menewaskan musuh setempat Manchester City di Etihad.

Dia juga beraksi baik ketika menjadi pemain gantian dalam kemenangan 2-1 ke atas Viktoria Plzen dalam aksi Liga Europa pada Jumaat lalu.

Apabila ditanya sama ada pemain berusia 24 tahun itu mempunyai peluang untuk bermain di posisi berbeza, Amorim menegaskan bahawa mesej kepada Antony adalah sama seperti pemain lain iaitu perlu bekerja keras.

"Saya fikir, apabila kami bermula semula, semua orang mempunyai peluang untuk berada dalam pasukan," kata Amorim kepada talkSPORT.

“Kami mengambil masa selama sebulan untuk menjelaskan bahawa segala-galanya mempunyai permulaan baharu kerana setiap orang berhak mendapat permulaan baharu dan kuasa ada di tangan mereka.

"Jika mereka menunjukkannya dan beraksi dengan baik, maka saya akan meletakkan mereka untuk bermain. Saya hanya mahu menang. Mereka bertanggungjawab untuk bermain, bukan saya.

"Dia melakukan kerja yang hebat untuk memperbaiki peranannya itu. Dia perlu bertahan lebih banyak tetapi dia mempunyai keupayaan untuk melakukannya dan perlu melakukannya sendiri," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!