Batal sertai Kedah International Bike Week demi bantu mangsa banjir

KSPDN turun membantu mangsa banjir di Rantau Panjang, Pasir Mas, Tumpat, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai. Gambar kecil: Wan Dasuki Wan Ramli
KSPDN turun membantu mangsa banjir di Rantau Panjang, Pasir Mas, Tumpat, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai. Gambar kecil: Wan Dasuki Wan Ramli
A
A
A

KOTA BHARU - Seramai 150 ahli Kelab Sukan Permotoran Darul Naim (KSPDN) membatalkan hasrat menyertai 'Kedah International Bike Week 2024' di Kedah bagi membantu mangsa banjir di negeri ini.

Setiausaha KSPDN, Wan Dasuki Wan Ramli berkata, tindakan itu selepas mereka terkesan melihat penderitaan yang dialami mangsa banjir sekali gus turun padang membantu membersihkan rumah yang terjejas serta menyampaikan bantuan makanan.

"Kami turun ke Rantau Panjang, Pasir Mas, Tumpat, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

KSPDN menyampaikan sumbangan kepada penduduk yang terkesan banjir selain membantu kerja membersih kawasan.
KSPDN menyampaikan sumbangan kepada penduduk yang terkesan banjir selain membantu kerja membersih kawasan.

"Selain itu kami turut membantu membersihkan surau dan masjid yang terkesan dengan banjir antaranya di Chenulang, Kuala Krai," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Menurut beliau, selain membantu mereka yang terkesan banjir di negeri sendiri, KSPDN turut ke negara jiran, Thailand membantu golongan asnaf di sana.

Ujarnya, antara lokasi pilihan ialah Betong dan Yala, Selatan Thailand.

Artikel Berkaitan:

Ahli KSPDN membantu membersihkan salah sebuah rumah mangsa banjir.
Ahli KSPDN membantu membersihkan salah sebuah rumah mangsa banjir.

"Kami berkonvoi sambil melalukan kerja amal. Kami mahu menempis dan menafikan pandang negatif masyarakat terhadap golongan mat motor.

"Ia bukan sekadar hobi, tetapi turut sama memberi manfaat kepada kami," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!