Pengarah syarikat didakwa terbabit aktiviti pengubahan wang haram
18 Disember 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A
Seorang pengarah syarikat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban pada Rabu atas dua pertuduhan menggunakan bangunan miliknya untuk aktiviti pengubahan wang haram, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Tertuduh, Cheong Yin Ying, 39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kesalahan pengubahan wang haram di bawah perenggan 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 [Akta 613] yang boleh dihukum di bawah Subseksyen 4(1) akta yang sama.
#SinarHarian #BeritaSemasa #pengubahanwangharam #mahkamah