[VIDEO] Pak cik Kemboja tular cabul direman dua hari

A
A
A

ALOR GAJAH - Seorang peniaga pakaian berketurunan Kemboja direman dua hari oleh Mahkamah Majistret di sini, pada Rabu, selepas tular di media sosial berhubung dakwaan dia mencabul pelanggannya.

Perintah reman bermula Rabu sehingga Khamis terhadap lelaki berusia 59 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Dr Teoh Shu Yee.

Suspek berusia 59 tahun direman dua hari oleh Mahkamah Majistret di sini, pada Rabu.
Suspek berusia 59 tahun direman dua hari oleh Mahkamah Majistret di sini, pada Rabu.

Terdahulu, suspek yang memakai baju lokap tiba di Mahkamah Alor Gajah pada jam 9.30 pagi dengan diiringi anggota dan pegawai polis.

Perintah reman itu bagi membolehkan polis melakukan siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Melaka, Datuk Md Nazri Zawawi berkata, penahanan suspek susulan polis menerima laporan daripada suri rumah berusia 27 tahun yang mendakwa telah dicabul ketika membeli pakaian di kedai milik lelaki tersebut pada Jumaat lalu.

Menurutnya, lelaki terbabit kemudiannya ditahan oleh Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, jam 10.15 malam pada Selasa.

Katanya, ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati lelaki berkenaan bebas daripada sebarang penyalahgunaan dadah.

Artikel Berkaitan:

"Seksyen itu memperuntukan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut, jika disabitkan kesalahan," katanya lagi.

Sebelum itu tular di media sosial, Facebook yang memaparkan seorang lelaki memuat naik status supaya orang ramai berhati-hati kerana berlaku cubaan meraba.

Individu itu mendakwa suspek mengusap kepala isterinya ketika membeli pakaian di kedai tersebut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!