Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Bekas pegawai Majlis Daerah Besut dijel dua bulan terima rasuah RM4,500

18 Disember 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

Bekas pegawai Majlis Daerah Besut dijel dua bulan terima rasuah RM4,500

Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada Rabu mengekalkan hukuman penjara selama dua bulan dan denda RM10,000 ke atas bekas pegawai Majlis Daerah Besut (MDB) yang disabitkan kesalahan menerima rasuah RM4,500 enam tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.

Hakim Datuk Hassan Ghani mengekalkan hukuman itu terhadap Zariman Ibrahim, 44, selepas menolak rayuan dikemukakan berhubung hukuman dikenakan terhadapnya sebelum ini.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/702832/berita/semasa/bekas-pegawai-majlis-daerah-besut-dijel-dua-bulan-terima-rasuah-rm4500

#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #Rasuah