Mangsa banjir di Johor kekal 36 orang petang ini
JOHOR BAHRU - Situasi banjir di Johor tidak menunjukkan sebarang perubahan dengan jumlah mangsa kekal 36 orang daripada 11 keluarga sehingga pukul 2 petang ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr Azmi Rohani dalam kenyataan hari ini memaklumkan kesemua mangsa masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) Balai Raya Kampung Batu Badak di Segamat.
"Selain itu, hanya stesen Sungai Paya Dato di Mersing dilaporkan melebihi paras bahaya dengan bacaan 2.04 meter (trend menaik)," katanya.
Beliau berkata keadaan cuaca di daerah Muar, Kluang, Batu Pahat, Kota Tinggi dan Kulai dijangka mendung, manakala Johor Bahru, Pontian serta Tangkak cerah, sementara Mersing dan Segamat diramalkan hujan petang ini. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!