Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Keputusan CEO GISBH, isteri fail habeas corpus cabar penahanan 14 Januari

18 Disember 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

Mahkamah Tinggi Johor Bahru, pada Rabu menetapkan 14 Januari depan bagi keputusan bantahan awal terhadap permohonan habeas corpus yang difailkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), Datuk Nasiruddin Mohd Ali dan isteri, Azura Md Yusof, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Ia bagi mencabar penahanannya mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA 2012).

Tarikh itu ditetapkan Hakim Abu Bakar Katar selepas mendengar hujahan bantahan awal oleh peguam responden dan peguam pemohon.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/702830/berita/semasa/keputusan-ceo-gisbh-isteri-fail-habeas-corpus-cabar-penahanan-14-januari

#SinarHarian #BeritaSemasa #GISBH #mahkamah #bantahhabeascorpus