Pak cik Kemboja tular cabul direman dua hari
18 Disember 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A
Pak cik Kemboja tular cabul direman dua hari
Seorang peniaga pakaian berketurunan Kemboja direman dua hari oleh Mahkamah Majistret Alor gajah, pada Rabu, selepas tular di media sosial berhubung dakwaan dia mencabul pelanggannya, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob
Perintah reman bermula Rabu sehingga Khamis terhadap lelaki berusia 59 tahun itu dikeluarkan Majistret, Dr Teoh Shu Yee.
Suspek ditahan susulan polis menerima laporan suri rumah berusia 27 tahun yang mendakwa dicabul ketika membeli pakaian di kedai milik lelaki tersebut pada Jumaat lalu.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kescabul #wargaasing #AlorGajah