Andalusia terima dua Anugerah The BrandLaureate 2024

Ida Riswana (tengah), menerima The BrandLaureate Entreprenueur Awards 2024.
Ida Riswana (tengah), menerima The BrandLaureate Entreprenueur Awards 2024.
A
A
A

SYARIKAT pengendali pakej haji dan umrah, Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia) menerima dua Anugerah Jenama Tahunan BrandLaureate 2024 anjuran The World Brands Foundation (TWBF).

Dua anugerah itu adalah The BrandLaureate Best Brands Awards 2023-2024 untuk Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd dan The BrandLaureate Entreprenueur Awards 2024 untuk Pengarah Andalusia, Ida Riswana Idris.

Dari kiri: Ibarahim, Md Daud dan Ida Riswana ketika Majlis Makan Malam Gala TWBF.
Dari kiri: Ibarahim, Md Daud dan Ida Riswana ketika Majlis Makan Malam Gala TWBF.

Menurut Ida Riswana, kejayaan itu membuktikan syarikat industri kecil dan sederhana (IKS) juga mampu mencipta impak besar apabila berpegang kepada nilai kepercayaan, komitmen dan perkhidmatan berkualiti.

"Anugerah ini juga melambangkan amanah dan kepercayaan masyarakat terhadap kami untuk terus menyediakan perkhidmatan terbaik.

"Saya amat bersyukur dan rendah hati atas penghormatan ini. Ia satu pengiktirafan yang sangat besar. Bukan sahaja untuk saya, tetapi untuk seluruh keluarga besar Andalusia Travel & Tours," katanya selepas menerima anugerah tersebut pada Majlis Makan Malam Gala TWBF di Hotel Majestic, Kuala Lumpur pada Isnin.

Hadir sama pada majlis makan malam Gala TWBF itu, Pengarah Urusan Kumpulan Andalusia Travel, Ibrahim Mat Sin (kiri).
Hadir sama pada majlis makan malam Gala TWBF itu, Pengarah Urusan Kumpulan Andalusia Travel, Ibrahim Mat Sin (kiri).

Turut hadir, Pengarah Urusan Kumpulan Andalusia Travel, Ibrahim Mat Sin dan Pengarah Pemasaran Digital Andalusia, Izzati Ibrahim serta Pengerusi Eksekutif Andalusia, Datuk Md Daud Che Ngah.

Artikel Berkaitan:

Tambah Ida Riswana yang juga Penasihat Undang-Undang Andalusia itu, kejayaan itu hasil gabungan beberapa faktor utama seperti komitmen terhadap kepercayaan pelanggan, pasukan yang berdedikasi serta fokus kepada nilai-nilai Islam.

"Kami sentiasa memastikan amanah ini dijaga dengan penuh integriti. Setiap kakitangan memainkan peranan penting dalam memberikan pengalaman perkhidmatan yang unggul.

"Dalam semua perkhidmatan, kami menekankan keikhlasan, kejujuran, dan kebajikan dalam membantu umat Islam mendekatkan diri kepada ALLAH SWT," ujarnya.

Jelas Ida Riswana, Andalusia Travel & Tours sentiasa mengekalkan reputasi dan kepercayaan pelanggan sejak tahun 2002.

Kata beliau, setiap proses dirancang dengan teliti untuk memastikan perjalanan umrah yang lancar dan bermakna.

"Kami sentiasa mematuhi prinsip pelanggan sebagai amanah. Di samping itu, kami sentiasa terbuka kepada maklum balas pelanggan untuk menambah baik perkhidmatan dan paling utama, reputasi kami dibina atas kejujuran serta profesionalisme dalam setiap interaksi.

Ditanya mengenai cabaran yang pernah dihadapi, ujarnya, cabaran terbesar organisasi tersebut ialah perubahan landskap industri, terutamanya semasa pandemik Covid-19.

Bagaimanapun jelas beliau, syarikat berkenaan berjaya mengatasinya melalui inovasi teknologi, pengurusan kos yang cekap dan membina kepercayaan pelanggan melalui komunikasi terbuka.

"Kami juga menyesuaikan pakej dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan baharu pelanggan dalam norma baharu. Pihak kami memperkenalkan platform digital untuk tempahan dan komunikasi yang lebih mudah

"Selain itu kami juga menyediakan sistem pemantauan perjalanan jemaah bagi memastikan keselamatan dan pengalaman ibadah yang lancar dan pakej umrah eksklusif yang lebih fleksibel serta sesuai dengan keperluan individu dan keluarga," katanya.

Dalam pada itu, menurut Ida Riswana, Andalusia Travel & Tours dikenali sebagai agensi yang mengutamakan kepercayaan, integriti dan perkhidmatan peribadi.

Ujarnya, syarikat tersebut turut mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam membimbing umat Islam menjalani ibadah dengan lancar memfokuskan bukan sekadar perjalanan tetapi pengalaman ibadah yang diberkati.

"Kemenangan ini memperkukuhkan komitmen kami untuk memperluaskan capaian kami ke peringkat nasional dan antarabangsa.

"Kami juga akan melabur dalam teknologi, latihan kakitangan, dan kolaborasi dengan agensi lain untuk memastikan Andalusia kekal relevan dan berdaya saing," ujarnya.

Sementara itu, beliau berkata, Andalusia telah memainkan peranan penting dalam mempromosikan pelancongan Islamik yang berkualiti dan berintegriti.

Ujarnya, syarikat terbabit juga memberikan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat dan melaksanakan tanggungjawab sosial melalui program bantuan umrah kepada golongan kurang berkemampuan.

Menurutnya, Andalusia bercadang untuk memperluaskan operasi ke negara-negara ASEAN dan Timur Tengah dalam memperkenalkan pakej yang lebih fokus kepada pelancongan sejarah Islam serta pengalaman spiritual.

"Kami akan cuba mengekalkan Andalusia sebagai agensi pelancongan umrah yang dipercayai bukan sahaja di Malaysia tetapi di peringkat antarabangsa.

"Saya juga berharap agar kami terus menjadi pemudah cara dalam membantu umat Islam mendekatkan diri kepada ALLAH melalui ibadah yang penuh makna.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!