MPS tutup kilang keluli beroperasi tanpa lesen

Kilang tersebut ditutup selepas dikesan beroperasi tanpa lesen.
Kilang tersebut ditutup selepas dikesan beroperasi tanpa lesen.
A
A
A

KUANG - Sebuah kilang keluli di kawasan perindustrian Sonstar di sini, diarah tutup oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS) selepas didapati beroperasi tanpa lesen.

Timbalan Yang Dipertua MPS, Adi Faizal Ahmad Tarmizi berkata, kesalahan itu dikesan melalui operasi bersepadu bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) pada Rabu.

Menurutnya, kilang tersebut antara tujuh premis yang diperiksa pada operasi dijalankan bermula jam 10 pagi.

Adi Faizal mengetuai operasi pemeriksaan pematuhan syarat lesen dijalankan pada Rabu.
Adi Faizal mengetuai operasi pemeriksaan pematuhan syarat lesen dijalankan pada Rabu.

"Setakat jam 12 tengah hari, sebanyak tiga kompaun dikeluarkan dalam operasi ini melibatkan kesalahan halangan, tiada lesen dan pelepasan efluen iaitu bancuhan simen yang dilepaskan tanpa kawalan.

"Setiap kompaun bernilai RM1,000 namun pengusaha premis terbabit turut berdepan lesen perniagaan ditarik jika didapati melanggar syarat lesen dinyatakan," katanya dalam operasi yang dijalankan pada Rabu.

Beliau berkata, operasi dijalankan itu merupakan pemeriksaan rutin bagi memastikan aktiviti perniagaan mematuhi syarat lesen ditetapkan.

Artikel Berkaitan:

Kilang yang dikenakan tindakan ditutup selepas dikesan beroperasi tanpa lesen.
Kilang yang dikenakan tindakan ditutup selepas dikesan beroperasi tanpa lesen.

“Tindakan operasi hari ini merupakan satu kejayaan buat MPS hasil kerjasama semua pihak yang membuat laporan termasuk pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS).

“MPS mengambil serius terhadap semua aktiviti di kawasan MPS untuk kita pantau supaya tiada lagi kes-kes pencemaran air dan sungai yang memberi kesan kepada penduduk,” katanya.

Katanya, aktiviti pemantauan sama akan diteruskan bagi memastikan pematuhan syarat semua pengusaha terutama membabitkan sektor industri.

Operasi tamat sepenuhnya jam 2 petang dengan keseluruhan sebanyak empat kompaun dikeluarkan, selain satu notis pembersihan, satu sitaan dan empat notis merah (lesen ditarik) serta satu penutupan dikeluarkan MPS.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!