Tiada apa yang perlu PAC siasat - Anthony Loke

Anthony bercakap pada sidang media sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Pengangkutan ASEAN Ke-30 (ATM) dan Mesyuarat Pegawai Kanan Pengangkutan Ke-58 (STOM) yang berlangsung di Pullman Kuala Lumpur pada Jumaat. Foto Bernama
Anthony bercakap pada sidang media sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Pengangkutan ASEAN Ke-30 (ATM) dan Mesyuarat Pegawai Kanan Pengangkutan Ke-58 (STOM) yang berlangsung di Pullman Kuala Lumpur pada Jumaat. Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mempersoalkan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang mahu menyiasat perolehan aset tren penumpang untuk rangkaian Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dengan kaedah pajakan melalui mekanisme kerajaan dengan kerajaan antara Malaysia dengan China.

Jelasnya perkata itu masih belum dimuktamadkan.

"Saya tidak tahu apa yang mahu mereka (PAC) siasat kerana kontraknya masih belum ditandatangani," katanya menerusi sidang akhbar selepas menyaksikan Perjanjian Usaha Sama Antara MRL dan CCCECRL Bagi Pengoperasian dan Penyelenggaraan Rangkaian Rel ECRL di sini pada Rabu.

Sebelum ini, Pengerusi PAC, Mas Ermieyati Samsudin memberitahu pihaknya akan memulakan siasatan terhadap perjanjian pajakan kereta api elektrik bernilai RM10.7 bilion dengan China.

Ia antara lima perkara yang akan disiasat PAC bermula 3 Februari hingga 6 Mac tahun depan.

Ogos lalu, Anthony Loke berkata, Malaysia akan memeterai perjanjian pajakan RM10.7 bilion dengan China bagi memperoleh tambahan 62 kereta api penumpang untuk KTMB.

Jumlah itu katanya, akan dibayar secara ansuran dalam tempoh 30 tahun, manakala kos sebenar akan dimuktamadkan selepas rundingan dengan kerajaan China selesai.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!