Media disaran tubuh koperasi, jana pendapatan - SKM

Ahmad Norihan bergambar bersama pengamal media dalam program Meet and Greet - SKM X Media 2024 di sebuah hotel pada Rabu.
Ahmad Norihan bergambar bersama pengamal media dalam program Meet and Greet - SKM X Media 2024 di sebuah hotel pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Komuniti media di negara ini disaran supaya menubuhkan koperasi sebagai salah satu platform bagi menjana sumber pendapatan.

Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Datuk Ahmad Norihan Jalal berkata, pihaknya sedia membantu media dari segi pengurusan koperasi dan menjadikannya sebagai wadah perniagaan.

Ahmad Norihan ketika ditemui media.
Ahmad Norihan ketika ditemui media.

"Dengan koperasi ini sekurang-kurangnya dapat mengeratkan persahabatan yang kita ada semasa bekerja sebagai pengamal media.

"Apabila kita berhenti maka (koperasi) ini menjadi satu platform untuk kita menjana pendapatan," katanya ketika ditemui media selepas program Meet and Greet - SKM X Media 2024 di sebuah hotel pada Rabu.

Ujar beliau, meskipun mempunyai potensi untuk berkembang, namun jumlah koperasi yang ditubuhkan oleh komuniti media masih lagi kurang di negara ini.

"Saya tidak ada data tepat tetapi dalam 16,800 koperasi di Malaysia, saya rasa (koperasi melibatkan media) mungkin kurang daripada satu peratus.

"Potensi untuk media bersama koperasi ini adalah cerah kerana mereka sentiasa berhubung dengan masyarakat daripada pelbagai latar belakang," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Mengulas mengenai acara 'Meet and Greet', menurut Ahmad Norihan, penganjuran tersebut bertujuan bagi meraikan pengamal media yang berperanan penting dalam mempromosikan aktiviti SKM kepada orang ramai.

"Ia kerana peranan media yang menjadikan SKM dikenali di setiap pelosok negara. Jadi untuk tahun 2025 kita mengharapkan media untuk membantu kami terutamanya menguar-uarkan aktiviti SKM.

"Kita juga ingin melihat komuniti-komuniti lain termasuk pengamal media dan penggiat seni supaya lebih dekat dengan koperasi," menurutnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!