'Daim sudah dilupakan' - Tun M

Tangkap layar hantaran Dr Mahathir menerusi Facebook pada Rabu.
Tangkap layar hantaran Dr Mahathir menerusi Facebook pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin telah dilupakan sebagai individu yang banyak menyumbang terhadap pembangunan negara.

Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, beliau masih sebak apabila membaca bab yang memfokuskan mengenai tokoh politik dan ahli perniagaan tersebut dalam buku A Doctor in the House yang ditulis olehnya.

“Buku ini mula diterbitkan pada 2011. Apa sahaja yang saya katakan tentang Daim ketika itu tidak dipengaruhi rasa kehilangan saya apabila dia meninggal dunia. Masih membaca apa yang saya tulis membuatkan saya sedih.

“Lelaki yang banyak menyumbang kepada pembangunan negara ini sepatutnya mengakhiri hidupnya seperti yang dia lakukan. Benarlah Melayu mudah lupa dan Daim sudah dilupakan.

“Apabila kita lupa sejarah, kita akan didera dengan mengulangi kesalahan kita berkali-kali, demikian George Santayana,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.

Daim atau nama sebenarnya Che Abdul Daim Zainuddin meninggal dunia di Hospital Assunta, Petaling Jaya pada pagi Rabu di usia 86 tahun.

Perkara berkenaan disahkan peguam, Datuk Dr Gurdial Singh Nijar yang mewakili Daim dan isterinya, Toh Puan Na'imah Abdul Khalid dalam kes mahkamah.

Daim pernah berkhidmat sebagai Menteri Kewangan sebanyak dua kali iaitu pertama adalah dari 1984 hingga 1991 di bawah pentadbiran Dr Mahathir di mana beliau memainkan peranan penting dalam mengurus ekonomi Malaysia dan melaksanakan pelarasan struktur.

Artikel Berkaitan:

Beliau kemudian kembali untuk penggal kedua dari 1999 hingga 2001, sekali lagi di bawah Dr Mahathir, untuk menangani isu ekonomi berikutan krisis kewangan Asia.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!