Kronologi kes Rosmah Mansor

Isteri kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Datin Seri Rosmah Mansor (tengah) hadir bagi Keputusan permohonan Datin Seri Rosmah Mansor untuk membatalkan 12 pertuduhan pengubahan wang haram dan pengelakan cukai terhadapnya di Mahkamah Tinggi KL pada Khamis.
Isteri kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Datin Seri Rosmah Mansor (tengah) hadir bagi Keputusan permohonan Datin Seri Rosmah Mansor untuk membatalkan 12 pertuduhan pengubahan wang haram dan pengelakan cukai terhadapnya di Mahkamah Tinggi KL pada Khamis.
A
A
A

ISTERI bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dilepaskan dan dibebaskan atas 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada LHDN.

Hakim, K Muniandy memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Rosmah, 73, untuk membatalkan semua kes itu.

Berikut ialah kronologi kes Rosmah:

4 Oktober 2018

Rosmah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas 12 pertuduhan membabitkan diri dengan pengubahan wang haram berjumlah lebih RM7 juta dan lima kes gagal membuat penyata pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

19 Disember 2018

Rosmah mengulangi pendirian tidak mengaku bersalah selepas semua kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

12 Mei 2019

Artikel Berkaitan:

Perbicaraan kes di hadapan Hakim, Datuk Mohamed Zaini Mazlan (kini Hakim Mahkamah Rayuan) dilapangkan kerana arahan kerajaan bagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mengenai penularan wabak Covid-19.

4 Oktober 2020

Rosmah memfailkan permohonan untuk dibebaskan dan dilepaskan daripada semua 17 kes itu.

25 Februari 2021

Tarikh bicara ditetapkan bermula 15 November 2021.

12 Januari 2022

Prosiding hari itu dilapangkan kerana Rosmah memohon untuk menyingkirkan Mohamed Zaini daripada mendengar kesnya.

3 Mei 2023

Rosmah mengemukakan representasi pertama untuk membatalkan semua kes.

11 Mei 2023

Hakim baharu, K Muniandy menggantikan Hakim, Datuk Mohamed Zaini Mazlan yang dinaikkan pangkat ke Mahkamah Rayuan di Putrajaya.

12 Mei 2023

Perbicaraan hari pertama kes ini sepatutnya berlangsung di hadapan Muniandy, dilapangkan selepas peguam Rosmah memberitahu telah menghantar representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).

18 Ogos 2023

Rosmah mengemukakan representasi kedua untuk membatalkan semua kes berkenaan.

24 Ogos 2023

Pihak pendakwaan memberitahu memerlukan lebih masa untuk memutuskan representasi Rosmah.

1 Mac 2024

AGC masih belum membuat keputusan berhubung representasi ketiga Rosmah bagi menggugurkan semua kes itu.

4 Julai 2024

Rosmah membangkitkan beberapa perkara baharu dalam representasi ketiga untuk membatalkan kes terbabit.

23 Ogos 2024

Pihak pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib memberitahu, status representasi ketiga itu sudah mencapai peringkat akhir.

6 September 2024

Status representasi ketiga yang dikemukakan Rosmah untuk membatalkan semua kes itu, belum dimuktamadkan AGC.

6 September 2024

Hakim, K Muniandy menetapkan 11 Oktober bagi hujahan permohonan Rosmah untuk membatalkan semua pertuduhan terhadapnya.

12 November 2024

Mahkamah Tinggi menetapkan keputusan 12 kes pengubahan wang haram dan lima tuduhan mengelak cukai terhadap Rosmah pada 19 Disember.

19 Disember 2024

Rosmah dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini, atas 12 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal menyerahkan penyata pendapatan kepada LHDN.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!