TikToker Rayyan Wong dibebas dengan jaminan polis

Sinar Harian sebelum ini melaporkan Rayyan Wong ditahan bagi siasatan lanjut berkaitan kandungan berunsur penghinaan terhadap Agong, Pemangku Sultan Johor dan Perdana Menteri.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan Rayyan Wong ditahan bagi siasatan lanjut berkaitan kandungan berunsur penghinaan terhadap Agong, Pemangku Sultan Johor dan Perdana Menteri.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pemilik akaun TikTok, Rayyan Wong yang ditahan sebelum ini berkaitan kandungan berunsur penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong, Pemangku Sultan Johor dan Perdana Menteri telah dibebaskan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, individu berumur 22 tahun itu telah dibebaskan dengan jaminan polis.

"Mahkamah telah menolak permohonan reman yang dikemukakan disebabkan individu terbabit telah membuat satu permohonan maaf.

"Siasatan bagaimanapun tetap diteruskan dan akan dihantar kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan Rayyan Wong ditahan bagi siasatan lanjut berkaitan kandungan berunsur penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong, Pemangku Sultan Johor dan Perdana Menteri yang dimuat naik menerusi media sosial berkenaan baru-baru ini.

Tangkapan dijalankan susulan laporan dibuat pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkaitan kandungan terbabit.

Terdahulu, Rayyan Wong menerusi satu hantaran di media sosial memuat naik satu permohonan maaf berkaitan kenyataan yang dikeluarkannya sebelum ini.

Menerusi video itu, Rayyan menyatakan dirinya tidak membuat kajian terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan terbabit sebelum ini.

Artikel Berkaitan:

"Saya minta maaf geng tentang kenyataan makan di restoran tiada sijil halal rupanya ia ada sijil halal, minta maaf kekhilafan sendiri kerana tidak buat kajian lebih lanjut.

"Saya sudah turunkan video itu, yang sekarang sudah cecah 2 juta orang tengok, saya akan lebih berhati-hati selepas ini," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!