Tumpu strategi 5S bina pengaruh dengan anak

Adlil ketika forum khas Bicara Bina Negara bertajuk Keluarga: Benteng Utama, Perangi Rasuah sempena Hari Antirasuah Antarabangsa (HARA) 2024, bertempat di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Khamis. Foto: SINAR HARIAN-ASRIL ASWANDI SHUKOR
Adlil ketika forum khas Bicara Bina Negara bertajuk Keluarga: Benteng Utama, Perangi Rasuah sempena Hari Antirasuah Antarabangsa (HARA) 2024, bertempat di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Khamis. Foto: SINAR HARIAN-ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A
A

SHAH ALAM - Rasa dilihat, selamat, signifikan, selesa beremosi dan mampu berjaya antara lima strategi yang ibu bapa perlu tekankan dalam membina pengaruh dengan anak-anak.

Penulis Keibubapaan, Adlil Rajiah berkata, sekiranya pendekatan tersebut diamalkan, tingkah laku yang mencetuskan budaya rasuah dapat dikekang sejak awal misalnya tidak pernah merasa cukup, sering menipu dan tiada akauntabiliti terhadap perbuatan atau lisan dalam diri.

“Ibu bapa kena kembali kepada tujuan asal. Dari segi hubungan, pertama sekali fokus kepada membina pengaruh dengan anak-anak, tidak semestinya peluk cium sahaja dah cukup.

“Tetapi, 5S ('seen, safe, significant, soothed, success') ini bantu membina pengaruh kepada mereka dan ia amat penting kerana kita akan bertindak okay kalau kita rasa okay dalam membimbing emosi anak-anak.

“Akhirnya, ia akan memberikan anak rasa cukup, selamat untuk bercakap benar dan bertanggungjawab ke atas setiap perkataan serta perbuatan masing-masing," katanya.

Antara penonton yang hadir memeriahkan forum khas sempena Hari Antirasuah Antarabangsa (HARA) 2024. Foto: SINAR HARIAN-ASRIL ASWANDI SHUKOR
Antara penonton yang hadir memeriahkan forum khas sempena Hari Antirasuah Antarabangsa (HARA) 2024. Foto: SINAR HARIAN-ASRIL ASWANDI SHUKOR

Beliau berkata demikian ketika forum khas Bicara Bina Negara bertajuk Keluarga: Benteng Utama, Perangi Rasuah sempena Hari Antirasuah Antarabangsa (HARA) 2024, bertempat di Kompleks Kumpulan Karangkraf, di sini pada Khamis.

Program yang dihoskan oleh Ismail Adnan itu turut dibarisi panelis hebat seperti Pendakwah, Roslan Mohamed dan Ketua Unit Kaunseling Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Md Noh Saiman.

Artikel Berkaitan:

Hadir sama, Penasihat Kumpulan Karangkraf merangkap Ketua Pasukan Gerakan #RasuahBusters, Datuk Hussamuddin Yaacub dan Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Badlishah Sham Baharin.

Adlil turut memaklumkan, kegagalan pembentukan diri anak-anak turut didorong oleh suasana dan tingkah laku yang berlaku di dalam rumah misalnya ibu bapa terbiasa menipu atau mengambil rasuah secara terang-terangan.

Justeru, katanya, selain membina pengaruh, membangunkan kemahiran dalam diri anak-anak juga amat penting misalnya menerapkan elemen tanggungjawab.

“Ibu bapa kena lihat ada tak kita membantu membina kemahiran tanggungjawab, contoh ringkas adalah mendedahkan mereka kepada kerja rumah. Selain itu, ada tak ajar mereka bahawa hidup sentiasa ada dua perspektif.

“Ia bagi melatih pemahaman anak-anak bahawa bukan semua perkara yang kita mahu, kita akan dapat.

“Sebabnya kita dah terbiasa dengan ayat 'diam dulu baru dapat', jadi anak-anak fikir keinginan boleh dibeli dengan perlakuan tanpa sedar itu juga rasuah," ujarnya lagi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!