Selebriti lelaki miliki ganja dituduh esok

Sinar Harian sebelum ini melaporkan artis tersebut ditahan reman selama lima hari kerana kesalahan ganja.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan artis tersebut ditahan reman selama lima hari kerana kesalahan ganja.
A
A
A

SEPANG - Pelakon dan pelawak yang ditahan polis kerana disyaki memiliki dadah jenis ganja di rumahnya di Cyberjaya, Sabtu lalu akan dituduh di Mahkamah Sepang pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, pihaknya baru mendapat arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya berhubung pertuduhan terbabit.

"Individu yang merupakan selebriti ini akan dituduh di mahkamah pada esok (Jumaat), arahan baru diterima daripada Timbalan Pendakwa Raya.

"Pertuduhan bagi Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 akan dijalankan di Mahkamah Sesyen manakala pertuduhan melibatkan Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 akan dijalankan di Mahkamah Majistret," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan artis tersebut ditahan reman selama lima hari kerana kesalahan ganja.

Artis terbabit ditahan sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang pada Sabtu.

Dalam serbuan berkenaan, polis turut menemukan dua peket plastik berisi daun kering disyaki ganja seberat 60.3 gram dan selebriti itu juga disahkan positif dadah jenis Tetrahydrocannabinol (THC).

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!