Papagomo dirakam keterangan kes video didakwa fitnah KPN

Papagomo
Papagomo
A
A
A

KUALA LUMPUR - Blogger, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau dikenali Papagomo direkod keterangan pada Khamis bagi siasatan lanjut berkaitan hantaran video berbaur fitnah dan mengaibkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain baru-baru ini.

Razarudin berkata, proses rakaman keterangan individu terbabit dijalankan di Balai Polis Setapak kira-kira jam 3 petang.

"Video yang mengandungi kenyataan berbaur fitnah itu dikesan dimuat naik menerusi satu medium media sosial pada 15 Disember lalu.

"Individu ini memilih untuk menjawab kesemua kesemua 37 soalan berkaitan siasatan terhadap video berkenaan di mahkamah," katanya pada Khamis.

Katanya, rakaman keterangan yang dijalankan itu selesai pada jam 4.05 petang.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil, Seksyen 500 dan 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.

Terdahulu, Papagomo dipercayai mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap Razarudin menerusi satu video yang dimuat naik menerusi media sosial baru-baru ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!