Mydin kerjasama dengan KPDN lancar inisiatif Bangga Buatan Lokal

Fuziah(tengah) dan Ameer (dua dari kanan) bersama tetamu yang hadir pada pelancaran inisiatif ‘Bangga Buatan Lokal’ sempena Kempen Beli Barangan Malaysia 2024 dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) pada Khamis. Foto SINAR HARIAN-MOHD HALIM ABDUL WAHID

A
A
A

PEMBORONG dan peruncit halal terbesar tempatan, Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin) melancarkan inisiatif 'Bangga Buatan Lokal' sempena Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) 2024.

Inisiatif dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan berlangsung di Mydin USJ bermula 19 hingga 22 Disember 2024.

Pengarah Urusan Mydin, Datuk Dr Ameer Ali Mydin berkata, objektif karnival berkenaan adalah untuk memberi peluang kepada usahawan tempatan membuka reruai jualan bagi mempromosi dan memperkenalkan produk mereka kepada orang ramai.

Menurutnya, Mydin amat mengutamakan pemilihan produk tempatan bagi bantuan kotak makanan untuk program-program tanggungjawab sosial korporat yang dijalankan.

“Di samping itu juga, Mydin melalui inisiatif Mydin Prihatin turut menyumbang baucar tunai bernilai RM500 kepada 40 peniaga kecil sebagai bantuan kewangan bagi perniagaan mereka,” katanya ketika berucap pada pelancaran inisiatif Bangga Buatan Lokal' pada Khamis.

Inisiatif berkenaan dilancarkan oleh Timbalan Menteri KPDN, Dr Fuziah Salleh di Mydin USJ pada Khamis.

Fuziah (kiri) dan Ameer (dua dari kanan) melancarkan Kempen Beli Barangan Malaysia 'Bangga Buatan Lokal' di Mydin USJ pada Khamis. Foto SINAR HARIAN-MOHD HALIM ABDUL WAHID
Fuziah (kiri) dan Ameer (dua dari kanan) melancarkan Kempen Beli Barangan Malaysia 'Bangga Buatan Lokal' di Mydin USJ pada Khamis. Foto SINAR HARIAN-MOHD HALIM ABDUL WAHID

Sementara itu, Fuziah berkata, inisiatif ini amat signifikan dalam mempromosikan kempen di premis rakan strategik untuk meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia mengenai produk barangan Malaysia serta memudahkan mereka untuk mendapatkan produk Malaysia di rangkaian pasaraya terpilih.

Artikel Berkaitan:

Fuziah (tengah) dan Ameer (belakang, lima dari kanan) bergambar bersama penerima sijil penghargaan IKS pada Majlis Pelancaran Kempen Beli Barangan Malaysia 'Bangga Buatan Lokal' di Mydin USJ pada Khamis. Foto SINAR HARIAN-MOHD HALIM ABDUL WAHID

“Program Bangga Buatan Lokal 2024 oleh Mydin kali ini melibatkan sesi penyerahan sijil kemasukan produk industri kecil dan sederhana (IKS) kepada usahawan tempatan.

“KPDN berharap penglibatan kerajaan dan sektor korporat akan memainkan peranan penting dalam memastikan segala dasar dan inisiatif yang dirancang dapat membantu usahawan untuk mengembangkan perniagaan mereka agar negara mampu mencapai perdagangan dalam negeri yang mampan,” katanya.

Turut berlangsung pada 20 Disember, Seminar Keusahawanan ‘Bangga Buatan Lokal’ yang membariskan tokoh usahawan yang telah berjaya bagi berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman kepada usahawan-usahawan baharu untuk kekal berdaya saing dan menjadi usahawan yang berilmu.

Dalam majlis pelancaran tersebut, Mydin turut melancarkan lagu korporat baharu berjudul ‘Di Mata Dunia’ ciptaan komposer Amirah Ali dan penulis lirik Shah Shamshiri yang dinyanyikan penyanyi terkenal tanah air Ayu Damit.

Orang ramai boleh melayari laman media sosial rasmi MYDIN Malaysia bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen yang sedang berlangsung sehingga 31 Disember 2024.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!