Sinar Harian terima anugerah liputan akhbar terbaik MBSA

Mohd Fauzi (dua dari kiri) menyampaikan anugerah kepada Riswandi (tengah) pada Program MBSA dan Media di Hotel Concorde di sini pada Khamis.
Mohd Fauzi (dua dari kiri) menyampaikan anugerah kepada Riswandi (tengah) pada Program MBSA dan Media di Hotel Concorde di sini pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Sinar Harian menerima anugerah liputan akhbar terbaik Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sempena Program MBSA dan Media di Hotel Concorde di sini pada Khamis.

Anugerah itu disampaikan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Fauzi Mohd Yatim kepada Penolong Pengarang Berita Digital Sinar Harian, Riswandi Razak.

Mohd Fauzi berkata, penglibatan dan komitmen pengamal media dalam menyampaikan maklumat berkaitan kemajuan dan pembangunan MBSA amat besar nilainya.

"Media memainkan peranan penting dalam mempengaruhi masyarakat dalam membentuk hala tuju masa depan dalam sesebuah organisasi," katanya.

Ujar beliau, kerjasama dijalin antara rakan media dan MBSA amat besar maknanya dan mempunyai pengaruh penting bagi memastikan imej dan prestasi MBSA sentiasa dipandang tinggi dalam kalangan masyarakat.

Jelas beliau, maklumat yang disalurkan media sama ada secara digital, elektronik dan cetak sememangnya membantu menyampaikan perkhidmatan dan kemudahan baharu disediakan MBSA.

"Penyampaian maklumat berkaitan pembangunan masyarakat, kesenian, kebudayaan, kejayaan, inovasi dan sebagainya banyak membantu membentuk persepsi masyarakat terhadap imej MBSA.

Bagaimanapun katanya, media juga diharap dapat memastikan etika kewartawanan sentiasa dipatuhi dan memberi keutamaan dalam pelaporan berita.

Artikel Berkaitan:

"Kita berharap media juga tidak hanya mengejar sensasi sebaliknya mementingkan aspek kesahihan dan ketetapan berita sebelum disiarkan," ujar beliau.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!