Beasley yakin Azizulhasni akan kembali ke gelanggang tahun depan

Azizulhasni
Azizulhasni
A
A
A

PENGARAH Teknikal skuad berbasikal trek negara, John Beasley yakin Datuk Mohd Azizulhasni Awang akan kembali ke gelanggang tahun depan.

Malah, Beasley menegaskan kehadiran semula pemenang pingat Olimpik dua kali itu motivasi buat pasukan negara sekiranya Pocket Rocketman memilih meneruskan kerjaya berbasikalnya.

“Saya fikir ia adalah perkara yang sangat baik. Kami mempunyai perasaan kuat bahawa dia mungkin akan membuat kemunculan semula.

“Tetapi kita hanya perlu beri dia sedikit masa untuk bermuhasabah, menilai apa yang telah berlaku, dan kemudian bergerak ke hadapan dari situ,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF) dan Majlis Sukan Negara (MSN) bersetuju mengekalkan Azizulhasni dalam Program Podium tahun depan.

Namun dengan syarat pelumba berusia 36 tahun itu layak untuk Kejohanan Dunia Trek Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) 2025 di Santiago, Chile, pada Oktober depan.

MSN memberikan MNCF sehingga 31 Disember untuk mengesahkan penyertaan pemenang dua pingat Sukan Olimpik itu dalam Program Podium tahun depan.

Sementara itu, Beasley melahirkan kebimbangan mengenai pembangunan berbasikal trek Malaysia, menonjolkan cabaran untuk mempunyai beberapa pelumba elit dan kemudahan terhad untuk membangunkan bakat muda.

Artikel Berkaitan:

Katanya, keadaan bertambah buruk selepas kayuhan trek tidak termasuk dalam Sukan Malaysia (SUKMA) di Sarawak.

“Saya telah diberitahu bahawa yang seterusnya (SUKMA) di Selangor, mereka akan menjadi tumpuan sama ada mereka akan menjadi tuan rumah trek berbasikal atau tidak.

“Jika tiada berbasikal trek di SUKMA, kami tidak mendapat bayaran. Jadi ini adalah sistem yang kami terperangkap,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!