'Ipar adalah maut'

Jenazah mangsa ketika dibawa ke hospital. Gambar kecil: Rika Amalia (Foto Agansi)
Jenazah mangsa ketika dibawa ke hospital. Gambar kecil: Rika Amalia (Foto Agansi)
A
A
A

PALEMBANG - [DIKEMAS KINI] Gara-gara bertikam lidah, seorang gadis berusia 13 tahun menjadi mangsa pembunuhan kakak iparnya dalam kejadian yang berlaku di Jalan Panca Usaha Lorong Wakaf 4, Kelurahan 5 Ulu, di sini pada Rabu.

Media tempatan melaporkan mangsa, Aisyah Nur Fadilah meninggal dunia selepas diberi jamu yang diisi racun oleh suspek dikenali sebagai Rika Amalia,19.

Mangsa ditemui disorok di belakang almari dalam keadaan tidak bernyawa oleh kakaknya.

Polis kemudiannya datang ke lokasi setelah menerima laporan berhubung insiden berkenaan.

Ayah mangsa, Mohd Yusuf, 58, berkata menantunya itu sengaja memberi anaknya minum jamu dengan dorongan hadiah wang tunai sebanyak Rp 300,000 (RM82.70).

"Benar daripada keterangan Rika, jamu yang diberikan kepada anak saya berisi racun," katanya kepada wartawan pada Khamis.

Jelas Yusuf, mereka sebelum ini tiada masalah dan saling menyayangi.

"Saya tak maafkan Rika, kerana hanya perbalahan kecil... Rika diminta mengawasi telefon bimbit anak saya itu oleh suaminya.

Artikel Berkaitan:

"Mungkin anak saya tidak puas hati kerana media sosial dipantau mereka berbalah, hinggalah kejadian ini berlaku," katanya.

Suspek kini sudah ditahan dan sedang disiasat oleh pihak polis. -Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!