Tottenham akhiri cabaran Piala Liga Manchester United
JUARA empat kali, Tottenham Hotspur mara ke separuh akhir Piala Liga selepas menewaskan Manchester United, 4-3 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Tottenham Hotspur.
The Lilywhites kendalian Ange Postecoglou, 59, tampil ke pentas lapan terbaik dengan kemenangan besar 5-0 ke atas Southampton memimpin separuh masa pertama hasil gol Dominic Solanke, 27, minit ke-15.
Separuh masa kedua Dejan Kulusevski, 24, menokok lagi jaringan minit ke-46 sebelum Solanke melebarkan lagi jaringan pada minit ke-54 buat pasukan tuan rumah tersebut.
Bagaimanapun Manchester United asuhan Ruben Amorim, 39, memanfaatkan kecuaian penjaga gol Tottenham, Fraser Forster, 36, apabila meledak jaringan menerusi pemain gantian Joshua Zirkzee (m-63) dan Amad Diallo (m-70) memberi harapan kepada juara enam kali berkenaan.
Bagaimanapun kedudukan itu tidak kekal lama apabila kapten Son Heung-min, 32, asal Korea Selatan kembali melebarkan kedudukan Tottenham dengan gol minit ke-88 sebelum tandukan minit ke-94, pemain gantian Manchester United, Jonny Evans, 36, menghadiah gol saguhati pasukan pelawat.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!