Tiga pelajar IPT ditahan kes pukul rakan beramai-ramai

Tiga pelajar lelaki sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Seri Iskandar di sini ditahan bagi membantu siasatan kes buli membabitkan seorang pelajar universiti itu, Ahad lalu. Gambar hiasan
Tiga pelajar lelaki sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Seri Iskandar di sini ditahan bagi membantu siasatan kes buli membabitkan seorang pelajar universiti itu, Ahad lalu. Gambar hiasan
A
A
A

PARIT - Tiga pelajar lelaki sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Seri Iskandar di sini ditahan bagi membantu siasatan kes buli membabitkan seorang pelajar universiti itu, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah berkata, penahanan ke atas remaja berusia lingkungan 18 hingga 20 tahun itu dibuat selepas pihaknya menerima laporan daripada bapa mangsa pada Selasa.

Menurutnya, dalam laporan itu, bapa mangsa mendakwa anaknya berusia 18 tahun telah dipukul beramai-ramai oleh rakan kuliah di asrama IPT terbabit.

"Mangsa mengalami kecederaan pada bahagian telinga, luka dan bengkak kening kanan, lebam di tangan dan kaki kiri serta kesan merah di perut dan tengkuk.

"Polis dimaklumkan mangsa telah menerima rawatan sebagai pesakit luar dan berada keadaan stabil," katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, siasatan awal dijalankan mendapati, kejadian berlaku berpunca daripada selisih faham dan provokasi antara mereka di bilik asrama.

"Ketiga-tiga pelajar terlibat telah direman selama tiga hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!