Ayam halal lagi berkualiti

Bermula dengan kajian ayam di pasaran, Dr Zainol kini mempunyai pusat sembelihan dan rangkaian kedai produk halal


ASPEK halalan toyyiban sangat dititikberatkan di Ayam Dr Zainol bermula peringkat penternakan, penyembelihan hingga ke pemprosesan.
ASPEK halalan toyyiban sangat dititikberatkan di Ayam Dr Zainol bermula peringkat penternakan, penyembelihan hingga ke pemprosesan.
A
A
A

ISU berkaitan sembelihan sering kali menjadi topik hangat dalam masyarakat dan ia menunjukkan umat Islam sedar kepentingan mendapatkan sumber makanan yang halal.

Semakan di laman sesawang www.myehalal.gov.my mendapati sebanyak 205 rumah sembelihan daripada 184 syarikat di seluruh negara kini mempunyai sijil halal bagi skim rumah sembelihan.

Sinar Islam Plus berkesempatan menemu bual salah satu daripada syarikat yang memegang sijil halal berkaitan skim rumah sembelihan ini iaitu Ayam Dr Zainol yang berpangkalan di Semenyih, Selangor.

Pengasasnya, Dr Mohamad Zainol Ahmad Haja menjelaskan, kajian industri yang dilakukannya pada tahun 2005 mendapati terdapat banyak ayam di pasaran yang tidak mematuhi prosedur penternakan dan pemprosesan yang menepati prinsip patuh syariah.

DR MOHAMAD ZAINOL
DR MOHAMAD ZAINOL

“Masih terdapat banyak pengusaha sama ada Muslim atau bukan Muslim yang kurang arif dan tidak mendapat pendedahan sebenar tentang tuntutan halalan toyyiban secara menyeluruh.

“Ramai pengusaha hanya fokus pematuhan aspek syariah dalam proses sembelihan, tetapi gagal menggabungkan keperluan aspek toyyiban seperti kebersihan penjagaan kesihatan dan kualiti produk.

Artikel Berkaitan:

“Ini berlaku kerana kekurangan ilmu dan pemahaman tentang konsep halalan toyyiban yang meliputi keseluruhan proses, daripada penternakan hingga penyediaan produk akhir,” katanya.

Beliau turut menyatakan, akibat kekurangan pendedahan ini, terdapat banyak ayam di pasaran yang tidak memenuhi piawaian kebersihan dan penjagaan kesihatan yang diperlukan.

Keadaan ini juga termasuk ayam yang diimport dari luar negara, di mana prosedur kebersihan dan penjagaan kesihatannya sering kali tidak menepati standard halalan toyyiban, tambahnya.

Dari kajian ke pengeluaran ayam halalan toyyiban

Dr Mohamad Zainol menjelaskan bahawa hasil daripada kajian tersebut, beliau berazam untuk menyediakan makanan yang bersih, berkhasiat, berkualiti tinggi dan menepati prinsip halalan toyyiban bagi memenuhi keperluan masyarakat Malaysia khususnya umat Islam.

Inilah yang mendorong penubuhan Ayam Dr Zainol pada tahun 2005, yang menjadi perintis dalam menawarkan ayam organik dan ayam kampung segar serta sejuk beku dengan jaminan halalan toyyiban di Malaysia.

Menurutnya, ayam organik semakin mendapat sambutan kerana harganya yang berpatutan, mudah didapati dan memberikan khasiat yang lebih baik berbanding ayam daging biasa.

Dalam dunia yang menawarkan pelbagai jenis makanan, adalah tanggungjawab kita untuk memilih makanan yang terbaik kerana ia mempengaruhi pembangunan minda dan kesihatan.

“Kesihatan yang baik bermula daripada pemakanan yang halal, bersih, seimbang dan berzat, yang turut dikenali sebagai makanan berfungsi.

“Makanan berfungsi ialah makanan yang menyumbang kepada kesihatan tubuh, meningkatkan imuniti dan mencegah penyakit kronik. Ia juga menawarkan nutrisi tambahan yang jarang terdapat dalam makanan biasa,” jelas beliau.

Tambahnya, kesedaran mengenai apa yang kita makan dan sumbernya adalah sama penting dengan menjaga amal ibadah agar ia diterima ALLAH SWT.

ANTARA produk ayam dikeluarkan Ayam Dr Zainol yang berada di pasaran.
ANTARA produk ayam dikeluarkan Ayam Dr Zainol yang berada di pasaran.

Justeru, Ayam Dr Zainol sentiasa berusaha menerapkan aspek Maqasid Syariah dalam setiap proses penyediaan makanan halalan toyyiban yang memenuhi standard sebagai makanan bernutrisi dan berfungsi.

Proses sembelihan halalan toyyiban

Dr Mohamad Zainol turut berkongsi proses sembelihan yang dilaksanakan di Ayam Dr Zainol bagi memastikan ia memenuhi prinsip halalan toyyiban sepenuhnya:

1 - Persediaan sebelum sembelihan

Ayam dilalikan terlebih dahulu sama ada menggunakan kejutan elektrik (water bath stunning).

2 - Sembelihan mengikut prinsip syariah

Penyembelih akan menghadap kiblat, menggunakan pisau yang tajam dan mencuci pisau selepas setiap sembelihan.

Ayam kemudian dimandikan secara automatik untuk memastikan bulunya bebas daripada najis dan darah sebelum proses seterusnya.

3 - Pengeluaran usus sebelum pemanasan

Ayam Dr Zainol menyediakan dua pendekatan bagi proses pengeluaran usus sebelum pemanasan, bergantung kepada keperluan pelanggan.

Untuk pelanggan yang sangat mementingkan kaedah khusus, pihaknya menawarkan pilihan untuk mengeluarkan usus ayam terlebih dahulu sebelum proses penceluran dalam air panas.

Pendekatan ini memenuhi permintaan tertentu dan memastikan tahap kebersihan yang tinggi sepanjang proses.

AYAM DR ZAINOL pernah menerima Anugerah Premis Sembelihan Terbaik Negeri Selangor 2022.
AYAM DR ZAINOL pernah menerima Anugerah Premis Sembelihan Terbaik Negeri Selangor 2022.

Namun, dalam keadaan biasa, pihaknya mengikut piawaian pemprosesan antarabangsa yang telah diterima secara meluas.

Pendekatan fleksibel ini boleh memenuhi pelbagai keperluan pelanggan sambil mengekalkan kualiti sembelihan.

4 - Rendaman tanpa klorin

Ayam tidak direndam dalam air berklorin, tetapi direndam dalam air sejuk yang bebas daripada klorin dan bahan kimia untuk memastikan kesucian sebelihan.

5 - Pemprosesan yang telus

Ayam tidak diputar dalam tangki air untuk menambah berat kerana perbuatan ini bertentangan dengan prinsip muamalat Islam.

Proses pemotongan dan pembersihan dilakukan dengan teliti agar bebas daripada sisa darah. Ayam yang telah diproses kemudian dibekukan dan dihantar ke pasaran.

Beliau menekankan bahawa konsep halal bukan sekadar tertumpu pada sembelihan, tetapi perlu dilihat secara holistik merangkumi setiap peringkat proses daripada penternakan, kebersihan pemprosesan, penyimpanan hingga ke produk akhir.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!