Putin sedia untuk berbincang atau bertemu dengan Trump

Presiden Rusia Vladimir Putin menyatakan kesediaannya untuk berbincang dengan Presiden Terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump
Presiden Rusia Vladimir Putin menyatakan kesediaannya untuk berbincang dengan Presiden Terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump
A
A
A

MOSCOW - Presiden Rusia, Vladimir Putin menyatakan kesediaannya untuk berbincang dengan Presiden Terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump, pada bila-bila masa dan bersetuju untuk bertemu dengannya, lapor agensi berita Rusia.

"Saya bersedia untuk ini (perbincangan), sudah tentu, pada bila-bila masa. Dan saya juga bersedia untuk mengadakan pertemuan, jika beliau menginginkannya," kata Putin semasa sesi soal jawab Direct Line dan sidang media akhir tahun, ketika ditanya seorang wartawan Amerika mengenai kemungkinan pertemuan dengan Trump.

Bagaimanapun, Putin menjelaskan bahawa beliau tidak tahu bila pertemuan itu akan berlaku.

"Pertama sekali, saya tidak tahu bila kami akan bertemu. Ini kerana beliau tidak menyatakan apa-apa mengenainya. Saya tidak bercakap dengannya langsung selama lebih empat tahun," katanya.

Terdahulu, jurucakap Kementerian Luar Rusia Maria Zakharova berkata Moscow bersedia untuk mengadakan hubungan dengan Washington bagi menyelesaikan krisis Ukraine, tetapi belum menerima sebarang cadangan serius daripada pasukan Trump.

Menurut diplomat itu, kementerian berkenaan baru-baru ini kerap menerima banyak soalan mengenai kesediaan Rusia untuk menghubungi Trump dan pasukannya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!