Leicester City tugasan pertama Pereira bersama Wolverhampton

Vitor Pereira
Vitor Pereira
A
A
A

WOLVERHAMPTON Wanderers menamakan Vitor Pereira pengendali baharu berstatus kontrak 18 bulan, dengan harapan kehadiran pengurus dari Portugal itu mampu mengeluarkan kelab Barat Midlands tersebut dari zon penyingkiran.

Pereira, 56, menggantikan Gary O'Neil,41, yang dipecat selepas kekalahan 1-2 juga keempat liga berturut-turut kepada Ipswich Town di Stadium Molineux yang menghumban Wolves ke tangga kedua dari bawah dengan sembilan mata selepas mengharungi 16 perlawanan.

Pereira, juga pengendali ketiga Portugal kelab Barat Midlands itu selepas Nuno Espirito Santo dan Bruno Lage, mengambil alih pasukan yang ketinggalan lima mata daripada zon penyingkiran.

“Pereira, yang meninggalkan kelab Liga Pro Saudi, Al Shabab, telah menjalani latihan di Compton Park buat kali pertama pada Khamis akan bertanggungjawab mengendalikan Wolverhampton Wanderers dalam kunjungan ke Leicester City pada Sabtu,” kata kelab itu.

Bagaimanapun ramai penganalisis tempatan percaya Pereira akan berdepan tugas sukar mengembalikan era keemasan Wolves yang memiliki jentera pertahanan yang melepaskan 40 gol selepas mengharungi 16 perlawanan.

Wolverhampton juga berdepan masalah disiplin pemain sejak beberapa minggu kebelakangan ini, dengan Mario Lemina dilucutkan tanggungjawab sebagai kapten selepas pertengkaran dengan penyerang West Ham United, Jarrod Bowen.

Pemain sayap Wolves, Matheus Cunha pula didakwa oleh Persatuan Bola Sepak England kerana bertelagah dengan seorang kakitangan Ipswich Town.

“Ini adalah saat yang mencabar untuk Wolverhampton Wanderers, dan kami ingin berterima kasih kepada Vitor kerana memikul tanggungjawab ini.

Artikel Berkaitan:

“Kami mempunyai keyakinan penuh terhadap keupayaannya untuk membimbing Wolverhampton Wanderers kembali ke landasan yang betul, bersama pemain dan kakitangan, dan seluruh kelab akan bersatu dalam menyokongnya untuk mencapai kejayaan,” kata pengerusi Wolves, Jeff Shi.

Pereira pertama kali mencipta nama bersama FC Porto sebagai pembantu Andre Villas-Boas, yang meninggalkan untuk menyertai Chelsea pada 2011 meninggalkan anak didiknya untuk mengambil alih sebagai pengurus gergasi Portugal tersebut.

Pereira mengemudi Porto memenangi Liga Primeira dua kali, sebelum menandatangani kontrak dengan Al Ahli dari Arab Saudi pada 2013 kemudian mengembangkan karier bersama Olympiakos Piraeus (Greece), Fenerbahce (Turkiye), Shanghai Port (China) dan Flamengo (Brazil).

LIGA PERDANA INGGERIS

JADUAL

SABTU (21 DISEMBER)

Aston Villa lwn Manchester City, 8.30 malam

West Ham United lwn Brighton & Hove Albion, 11 malam

Ispwich Town lwn Newcastle United, 11 malam

Brentford lwn Nottingham Forest, 11 malam

AHAD (22 DISEMBER)

Crystal Palace lwn Arsenal, 1.30 pagi

Everton lwn Chelsea, 10 malam

Manchester United lwn Bournemouth,10 malam

Fulham lwn Southampton, 10 malam

Leicester City lwn Wolverhampton, 10 malam

ISNIN (23 DISEMBER)

Tottenham Hotspur lwn Liverpool, 12.30 tengah malam

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!