Bapa durjana dipenjara 15 tahun, lima sebatan

Perbuatan keji seorang bapa melakukan sumbang mahram dengan anak perempuannya yang berusia 11 tahun terbalas apabila dia dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat. - Gambar hiasan
Perbuatan keji seorang bapa melakukan sumbang mahram dengan anak perempuannya yang berusia 11 tahun terbalas apabila dia dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat. - Gambar hiasan
A
A
A

SEREMBAN - Perbuatan keji seorang bapa melakukan sumbang mahram dengan anak perempuannya yang berusia 11 tahun terbalas apabila dia dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat.

Hakim, Datin Surita Budin menjatuhkan hukuman itu terhadap penoreh getah berusia 52 tahun terbabit selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan.

Hukuman penjara berkenaan bermula dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu 31 Januari 2020.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani pengawasan selama setahun dan kaunseling pemulihan dua tahun dalam tempoh menjalani hukuman.

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan, boleh dihukum penjara selama tempoh tidak kurang 10 tahun dan maksimum 30 tahun dan hendak juga dihukum dengan sebatan.

Sebelum itu, peguam, Muhammad Hafiz Leman dalam rayuannya berkata, anak guamnya berazam membina hidup baharu jika dibebaskan kelak selain mahu menjaga ibunya.

Tambahnya, tertuduh juga tidak pernah dituduh dengan mana-mana kesalahan sebelum ini.

Artikel Berkaitan:

Timbalan Pendakwa Raya, Norazihah Asmuni memohon hukuman berat dikenakan terhadap tertuduh sebagai memberi mesej kepada masyarakat dan pengajaran kepadanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!