Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Tujuh lelaki mengaku tidak salah tawar pelaburan tidak wujud

20 Disember 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

Tujuh lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Balik Pulau pada Jumaat di atas pertuduhan menjalankan aktiviti sindiket penipuan pelaburan tidak wujud pada 2 Disember lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohamad Rosli.

Tertuduh, Wong Yu Teng, 26, Lim Yong Aun, 30, Chin Chin Ze, 29, Ong Wye Chun, 38, Choo Wee Jen, 28, Jeremy Thiah Lae Jin, 33 dan Cheong Wymun, 33 bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kesalahan di bawah Seksyen 120B(2) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen sama.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/703172/berita/semasa/tujuh-lelaki-mengaku-tidak-salah-tawar-pelaburan-tidak-wujud