Mujur ada yang prihatin!

Timbunan sampah kira-kira 350 kilogram dikeluarkan dari rumah warga emas itu di Bukit Baru.
Timbunan sampah kira-kira 350 kilogram dikeluarkan dari rumah warga emas itu di Bukit Baru.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Warga emas lelaki yang hidup dalam timbunan sampah di rumahnya di Kampungku Sayang Bukit Baru di sini mendapat perhatian Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) untuk membersihkan rumah itu.

Md Dali Husin,74, atau lebih dikenali sebagai Mekrat dalam kalangan penduduk kampung tidak berkahwin dan mempunyai tiga adik-beradik hidup bersendirian di rumah pusaka berkenaan.

Abangnya, Baba Husin 84, berkata, Md Dali yang pernah tinggal bersama adiknya hidup sendirian sejak tahun 1961 selepas adiknya berkahwin dan kini menetap di rumah di Bukit Katil.

Bagaimanapun kata Baba, dia tidak pernah mengabaikan Md Dali dan sentiasa memberi nasihat supaya membersihkan rumah tetapi tidak dihiraukan sehingga timbunan sampah seperti bekas makanan dan minuman mengakibatkan tikus berkeliaran di dalam rumah.

"Biasanya saya akan datang melawat dua atau tiga kali seminggu dengan membawa makanan. Dia pun terpaksa menggunakan tongkat untuk bergerak dan sukar menjaga diri sendiri," katanya kepada Sinar Harian ketika program gotong-royong membersihkan rumah di Bukit sini Baru hari ini.

Baba Husin
Baba Husin

Baba bersyukur kerana masih ada pihak yang mengambil berat keadaan adiknya termasuk melakukan kerja-kerja pembersihan dalam rumah.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Pengerusi MPPK Kampungku Sayang, Nasir Abdullah, berkata, program dengan kerjasama penduduk, Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Bahagian Hang Tuah Jaya dan syarikat swasta itu bukan sahaja bergotong-royong membersihkan rumah malah membantu individu warga emas itu menguruskan diri dengan lebih baik.

Menurutnya, keadaan itu mungkin disebabkan kediaman berkenaan tidak mempunyai bilik air dan pihaknya akan mengambil inisiatif membina kemudahan itu supaya lebih selesa.

"Apa yang kita faham sebelum ini dia terpaksa mandi dan membuang air di surau berdekatan dan pasti menyukarkan lebih-lebih lagi dengan keadaannya yang berjalan menggunakan tongkat.

"Jadi kita berharap dapat mengubah kehidupannya lebih baik supaya dia boleh menikmati usia tua dalam keadaan yang lebih terurus dan bersih," katanya.

Mas Dali (enam dari kiri) bersama sebahagian ahli Bersatu yang membantu membersihkan rumahnya di Kampungku Sayang Bukit Baru, di sini, hari ini.
Mas Dali (enam dari kiri) bersama sebahagian ahli Bersatu yang membantu membersihkan rumahnya di Kampungku Sayang Bukit Baru, di sini, hari ini.

Dianggarkan kira-kira 350 kilogram sampah dikeluarkan dari rumah tersebut sebelum kerja-kerja mencuci lantai dan mengecat dilakukan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!