Palestin zahir penghargaan kepada Malaysia atas bantuan diberikan

Abbas (kiri) dan Zambry (kanan) bertemu ketika Mesyuarat Majlis Menteri D-8 di Kaherah, Mesir. Foto Facebook Zambry Abd Kadir
Abbas (kiri) dan Zambry (kanan) bertemu ketika Mesyuarat Majlis Menteri D-8 di Kaherah, Mesir. Foto Facebook Zambry Abd Kadir
A
A
A

SHAH ALAM - Palestin menzahirkan penghargaan kepada Malaysia atas usaha dan bantuan yang diberikan dari dahulu hingga kini.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, ucapan berkenaan disampaikan oleh Presiden Palestin, Mahmoud Abbas sewaktu bertemu pada Mesyuarat Majlis Menteri Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8) di Kaherah, Mesir.

Menurutnya, Malaysia sentiasa teguh dengan pendirian dalam memberi sokongan berterusan terhadap perjuangan rakyat dan negara Palestin.

“Di Sidang Kemuncak D-8, saya sempat berjumpa dan menyatakan pendirian ini kepada Mahmoud Abbas.

“Kita doakan keamanan di Gaza dan paling penting semoga rakyat di sana mendapat perlindungan dan terus terbela nasib mereka,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Jumaat.

Sebelum ini, Zambry berucap pada Sesi ke-21 Mesyuarat Majlis Menteri D-8 yang menyatakan bahawa Malaysia menggesa tindakan pantas dan tegas untuk mengurangkan penderitaan tidak terperi di Gaza berikutan perang genosid Israel yang berterusan.

Pada masa sama, beliau melahirkan kebimbangan terhadap krisis yang semakin meruncing di Timur Tengah yang disebabkan serangan Israel.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!