SHARP Malaysia rai ulang tahun ke-40 sebagai titik permulaan masa depan

Pearly (kanan) serta Thinaah (kiri) bersama Takahiro dan Yang Chung. Foto Sinar Harian/ROSLI TALIB
Pearly (kanan) serta Thinaah (kiri) bersama Takahiro dan Yang Chung. Foto Sinar Harian/ROSLI TALIB
A
A
A

SHARP Electronics Malaysia Sdn Bhd (SHARP Malaysia) meraikan ulang tahun ke-40 di Malaysia dengan pelancaran kempen "Live Mighty" dan program "Double Sincerity Service Upgrade".

Inisiatif ini menunjukkan komitmen SHARP sebagai jenama Jepun terkenal di seluruh dunia untuk memperkasa kehidupan rakyat Malaysia dengan perkhidmatan terbaik dan teknologinya yang canggih.

Menurut Pengarah Urusan SHARP Malaysia, Ting Yang Chung, SHARP mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju inovasi dengan menyediakan produk meningkatkan kehidupan seharian sejak ditubuhkan pada 1985

Yang Chung
Yang Chung

Jelasnya, pencapaian itu bukan sahaja meraikan kejayaan SHARP tetapi juga menandakan permulaan misi baharu untuk memperkasakan rakyat Malaysia dalam menyambut 2025 dengan penuh keyakinan.

Dalam langkah inovatif, SHARP menjadi jenama peralatan rumah pertama yang memperkenalkan program Tujuh Hari Jaminan Penyelesaian Servis yang memastikan perkhidmatan selepas jualan pantas dan boleh dipercayai di seluruh negara.

"Perkhidmatan ini bertujuan menetapkan standard dan mempertingkatkan pengalaman pelanggan," jelasnya pada Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-40 dengan Kempen "Live Mighty" dan Peningkatan Perkhidmatan di ibu pejabat SHARP Malaysia, Seksyen 27, di sini pada Jumaat.

Hadir sama, Naib Presiden SHARP Elektronik Malaysia, Kubo Takahiro dan pasangan beregu wanita terbaik negara, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan yang dilantik sebagai duta kempen Live Mighty.

Artikel Berkaitan:

Dari kiri: Takahiro dan Yang Chung bersama Pearly Tan serta Thinaah yang dilantik sebagai duta Live Mighty pada Sambutan Ulangtahun SHARP Ke-40 Tahun Dengan Kempen
Dari kiri: Takahiro dan Yang Chung bersama Pearly Tan serta Thinaah yang dilantik sebagai duta Live Mighty pada Sambutan Ulangtahun SHARP Ke-40 Tahun Dengan Kempen "'Live Mighty" dan Peningkatan Perkhidmatan yang diadakan pada Jumaa. Foto Sinar Harian/ROSLI TALIB

Yang Chung mengulas lanjut, berkata, selain itu, pelanggan yang membeli produk siri INVERTER atau siri 120Hz AQUOS XLED TRU dari sekarang sehingga 31 Disember 2025 akan mendapat jaminan tambahan setahun dengan pendaftaran dalam talian.

"Selama 40 tahun, kami telah menumpukan usaha untuk memenuhi keperluan pengguna tempatan dengan melancarkan produk inovatif dalam penyelesaian peralatan pintar, penyelesaian TV dan penyelesaian perniagaan pintar.

"Selain meningkatkan kualiti hidup orang ramai, kami komited untuk menjadi jenama yang fokus pada perkhidmatan dan kualiti.

"Jaminan penyelesaian pembaikan tujuh hari di seluruh negara menunjukkan kesungguhan kami untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada para pengguna," ujarnya.

Mengenai pelantikan pasangan beregu wanita terbaik Malaysia, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan sempena kempen tersebut, jelasnya, pasangan itu dikenali kerana ketahanan dan pencapaian cemerlang mereka.

Malah jelasnya, pasangan beregu negara itu juga menunjukkan sokongan terhadap jenama SHARP untuk kekal berani dan menerima cabaran tidak diduga sambil mengatasi pelbagai rintangan.

"Pearly dan Thinaah mencerminkan maksud "Live Mighty" di dalam dan di luar gelanggang melalui usaha keras mereka yang tanpa henti dan kemampuan untuk menginspirasi orang lain.

"Melalui kerjasama ini, kami berharap dapat memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk menghadapi cabaran harian dengan yakin dan mencipta kehidupan yang luar biasa," ujar Yang Chung.

Berpegang kepada falsafah keikhlasan dan kreativiti, SHARP turut berhasrat untuk melancarkan pelbagai aktiviti tanggungjawab sosial korporat, acara promosi, dan inisiatif B2B baharu semasa sambutan ulang tahun, bekerjasama dengan rakyat Malaysia untuk masa depan lebih cerah.

"Ulang tahun ke-40, kami bukan sekadar satu sambutan masa lalu tetapi ia merupakan sebuah titik permulaan untuk masa depan.

"Melalui Live Mighty, kami bertujuan menginspirasi semua orang untuk merebut peluang dengan ketahanan dan inovasi semasa menghadapi cabaran tahun 2025.

"Matlamat kami adalah untuk menjadi jenama elektronik pengguna Jepun terkemuka di Malaysia, terus mencipta nilai melalui produk dan perkhidmatan yang cemerlang sambil memperkukuh kepimpinan industri kami," tambahnya.

Sementara itu, Pearly dan Thinaah ketika ditemui menyifatkan jenama SHARP tidak asing bagi mereka dan sudah menjadi pilihan keluarga masing-masing sejak zaman kanak-kanak mereka lagi.

"Sebuah peti sejuk jenama SHARP yang digunakan ketika saya masih kecil masih lagi boleh digunakan sehingga kini," jelas Perly.

Beliau sehubungan itu mengesyorkan jenama terkenal Jepun yang itu kepada orang ramai bagi melengkapkan kehidupan mereka kerana ketahanan dan pencapaian jenama tersebut.

Sementara itu, Thinaah yang turut bersetuju dengan pandangan itu turut memiliki peralatan elektronik jenama sama yang digunakan di rumahnya.

"Saya menggunakan peti sejuk dan televisyen jenama SHARP dan percaya jenama ini kerana kami telah menggunakan sejak sekian lama," ujarnya.

Untuk maklumat lanjut mengenai kemas kini atau promosi terbaru SHARP, sila layari laman web rasmi SHARP di https://my.sharp/ dan ikuti halaman rasmi Facebook (@SharpMsia) atau Instagram (@sharp.malaysia).

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!