Pemandu lawan arus disyaki mabuk: Polis

Keadaan kenderaan yang terlibat kemalangan. - Foto PDRM
Keadaan kenderaan yang terlibat kemalangan. - Foto PDRM
A
A
A

NILAI - [DIKEMASKINI] Pemandu kereta jenis Ford Fiesta yang memandu secara melawan arus di Kilometer 17.5 Lebuhraya Kajang Seremban (LEKAS) berdekatan susur keluar Tol Pajam menghala ke Seremban sehingga mengakibatkan seorang maut pagi tadi disyaki memandu dalam keadaan mabuk.

Lapor Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar berkata, sampel darah lelaki berusia 30 tahun itu telah pun diambil.

"Lelaki itu masih dirawat di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di Seremban atas kecederaan dialami dan kita buka kertas siasatan mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol," katanya.

Kemalangan pada jam 3.20 pagi tadi melibatkan dua kereta serta tiga motosikal dan pemandu kereta yang maut dikenali sebagai Abdul Salam Saad, 34, dari Felda Keratong 5, Bandar Tun Abdul Razak, Pahang.

"Ketika kejadian Abdul Salam yang memandu kereta Proton Persona dan tiga penunggang motosikal itu dalam perjalanan dari susur keluar Tol Pajam menghala ke Seremban.

"Sebaik sahaja tiba di lokasi, kereta Ford Feista dari arah Kajang dipercayai cuba melawan arus untuk masuk ke jalan susur keluar Tol Pajam lalu mengakibatkan pelanggaran itu.

"Akibat kemalangan itu, Abdul Salam meninggal dunia di tempat kejadian kerana cedera parah di kepala. Tiga penunggang dan seorang pembonceng motosikal jenis Yamaha berusia 16,17 dan 21 tahun hanya cedera ringan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Seorang-maut-nahas-lima-kenderaan

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!