Mural hiasan bandar raya JB, tarikan menjelang Forum Pelancongan ASEAN 2025

Raven (kiri) bersama Sharil Nizam bergambar di hadapan mural di Jalan Tan Hiok Nee. Foto Benama
Raven (kiri) bersama Sharil Nizam bergambar di hadapan mural di Jalan Tan Hiok Nee. Foto Benama
A
A
A

JOHOR BAHRU - Mural alat muzik ghazal Melayu Johor seperti gambus, tabla dan harmonium diabadikan pada dinding sebuah premis di Jalan Tan Hiok Nee di sini sebagai tarikan pelancongan menjelang Forum Pelancongan ASEAN 2025 dan Tahun Melawat Johor 2026.

Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Budaya negeri, K Raven Kumar berkata, usaha menghasilkan mural mencerminkan keunikan dan identiti Johor itu dilaksanakan menerusi Tourism Johor dengan kerjasama Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

Raven. Foto Bernama
Raven. Foto Bernama

Beliau berkata, selain di jalan itu, terdapat tiga lagi lokasi di sekitar bandar raya ini dicadangkan untuk dihiasi mural dalam usaha menambah ciri tarikan seni visual kepada pelancong tempatan dan antarabangsa.

"Setakat ini, mural alat muzik ghazal Melayu Johor dengan lukisan harmonium, tabla, gambus, violin, marakas dan tamborin telah siap diabadikan di Jalan Tan Hiok Nee.

(Dari kiri) K Kogila Devi, 40, Nur Fatin Mohmad Kadenan, 31, dan Yee Xiang Yun, 34, mengambil gambar lukisan mural yang terdapat di sekitar Jalan Tan Hiok Nee yang juga dikenali sebagai 'Jalan Warisan'. Foto Bernama
(Dari kiri) K Kogila Devi, 40, Nur Fatin Mohmad Kadenan, 31, dan Yee Xiang Yun, 34, mengambil gambar lukisan mural yang terdapat di sekitar Jalan Tan Hiok Nee yang juga dikenali sebagai 'Jalan Warisan'. Foto Bernama

"Perbincangan sedang dijalankan dengan MBJB (berhubung lokasi lain) untuk dimuktamadkan dan pelukis mural adalah dalam kalangan orang Johor,” katanya pada sidang media selepas melawat tapak mural di Jalan Tan Hiok Nee pada Jumaat.

Turut hadir, Pengarah Tourism Johor, Sharil Nizam Abdul Rahim.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Beliau dalam pada itu menyeru semua pihak supaya bersama-sama menjaga keindahan dan keceriaan bandar raya ini daripada sebarang bentuk vandalisme.

"Kerisauan kita adalah vandalisme kerana mural ini bukan senang untuk dihasilkan terutama pada waktu hujan. Pelukis perlu mengambil masa menyiapkan projek,” katanya. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!