Kerajaan perlu berjimat, perbelanjaan negara makin meningkat - PM

Anwar melihat pelan Cadangan Pembangunan Pusat Pengajian Islam At-Taiyibin ketika hadir pada Kenduri Rakyat dan Ziarah Mahabbah Ke Pusat Pengajian At-Taiyibin Tanah Hitam di Ipoh pada Jumaat. Foto Bernama
Anwar melihat pelan Cadangan Pembangunan Pusat Pengajian Islam At-Taiyibin ketika hadir pada Kenduri Rakyat dan Ziarah Mahabbah Ke Pusat Pengajian At-Taiyibin Tanah Hitam di Ipoh pada Jumaat. Foto Bernama
A
A
A

IPOH - Kerajaan perlu berjimat dan berhemah dalam berbelanja bagi menampung kos urus negara yang semakin meningkat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, ketika ini kerajaan juga perlu memastikan wang diurus dengan cekap tanpa melibatkan perbelanjaan tidak perlu yang boleh menyumbang kepada ketirisan dan rasuah.

Anwar beramah mesra bersama tetamu yang hadir ke Kenduri Rakyat dan Ziarah Mahabbah Ke Pusat Pengajian At-Taiyibin Tanah Hitam. Foto Bernama
Anwar beramah mesra bersama tetamu yang hadir ke Kenduri Rakyat dan Ziarah Mahabbah Ke Pusat Pengajian At-Taiyibin Tanah Hitam. Foto Bernama

"Untuk tahun depan ini gaji naik. Seluruh negara RM10 bilion yang perlu dibayar. Nak cari di mana... sebab itu kita kena jaga dan cermat kerana ini wang rakyat.

"Jangan bagi orang curi. Jangan ada amalan-amalan ambil komisen, ambil rasuah, beli harta di Vancouver (Kanada) dan New York, kemudian bila balik dia bercakap soal perjuangan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Lawatan Mahabbah dan Kenduri Rakyat di Pusat Pengajian At-Taiyibin Tanah Hitam, Chemor di sini pada Jumaat.

Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Penaung Pusat Pengajian At-Taiyibin, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah.

Anwar berkata, pentadbiran kerajaan Madani dalam tempoh dua tahun ini berada dalam kerangka yang betul apabila menekankan soal kepimpinan bagi menjamin tatakelola negara yang baik.

Artikel Berkaitan:

"Dari kerangka awal, saya tekankan yang perlu kita betulkan itu adalah pimpinannya.

"Dulu bukan sikit-sikit wang, puluh-puluh bilion punya cerita, yang hilang dan songlap pun banyak juga, sebab itu macam mana pun, dari segi akhlak dan adab kalangan pemimpin itu diperlukan untuk atur negara," katanya.

Dalam majlis itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun mengumumkan sumbangan RM1 juta kepada Pusat Pengajian At-Taiyibin bagi tujuan pembangunan.

Anwar berkata, usaha membangun dan mengimarahkan institusi kerohanian seperti masjid dan pusat pengajian agama tidak hanya tergalas di bahu kerajaan sebaliknya tanggungjawab semua lapisan rakyat.

Beliau memberi contoh melalui zakat dan menerusi sumbangan ke tabung masjid serta pusat pengajian yang boleh membantu meringankan beban dan kelancaran pembangunan sesebuah institusi.

"Seperti hari Jumaat hari ini kita ke masjid, bina masjid itu pun menjadi tanggungjawab semua. Sesetengah orang dia salah faham dengan dia ingat semua ini dari segi peruntukan (kerajaan).

"Namun, mesti ada paling kurang seringgit (RM1), RM10 atau RM100 mengikut kemampuan masing-masing. Mesti ada saham dia untuk membina kepada masjid. Maknanya, mengimarahkan atau membangun masjid itu tanggungjawab semua," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!