Bin Shen tinggalkan BAM
PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan bahawa jurulatih beregu negara Tan Bin Shen akan meninggalkan badan induk tersebut pada 13 Januari depan.
Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh berterima kasih kepada Bin Shen atas dedikasi dan sumbangannya kepada pembangunan badminton negara.
“Bin Shen telah memberi sumbangan besar kepada badminton Malaysia, dan komitmen beliau untuk memupuk bakat dan juara tidak ternilai.
"Kami amat berterima kasih atas kerja keras dan dedikasi beliau,” katanya dalam satu kenyataan.
Bin Shen menyertai BAM sebagai jurulatih beregu lelaki pada tahun 2020, dan bertanggungjawab memainkan peranan dalam pencapaian bekas juara dunia dan pemenang pingat Olimpik, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik.
Dalam pada itu, BAM akan mengumumkan jurulatih baharu dalam masa terdekat.
Sementara itu, Bin Shen berkata, “Ia merupakan perjalanan yang memuaskan bekerja dengan pasukan beregu lelaki.
"Saya bangga dengan apa yang telah kami capai bersama, dan saya tidak sabar menghadapi cabaran baharu yang akan datang."
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!