Operasi SAR dua lelaki hilang di laut teruskan hingga esok

Operasi SAR diteruskan pada Jumaat yang memasuki hari keempat selepas dua mangsa dilaporkan hilang sejak Selasa lalu.
Operasi SAR diteruskan pada Jumaat yang memasuki hari keempat selepas dua mangsa dilaporkan hilang sejak Selasa lalu.
A
A
A

GEORGE TOWN - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan dua orang lelaki warga tempatan yang dilaporkan hilang di sekitar perairan pantai Keracut, Kuala Sungai Pinang diteruskan pada Jumaat.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang, Kepten Maritim Razali Kasim berkata, operasi tersebut sudah masuk hari keempat sejak kedua-dua mangsa dilaporkan hilang pada Selasa lalu.

Menurutnya, operasi tersebut sehingga kini menjangkau keluasan sektor pencarian hampir 250 batu nautika persegi.

Kedua-dua mangsa dikatakan menaiki sebuah bot untuk memukat ikan pada Selasa lalu.
Kedua-dua mangsa dikatakan menaiki sebuah bot untuk memukat ikan pada Selasa lalu.

"Hari ini merupakan hari keempat operasi SAR semenjak hari pertama ia diaktifkan pada Selasa lalu.

“Keseluruhan kawasan sektor pencarian dilaksanakan oleh tiga buah aset laut dan dua buah pesawat udara yang dikerahkan oleh Maritim Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Tambah beliau, mangsa dipercayai melakukan aktiviti perikanan sebelum dilaporkan hilang di tempat kejadian.

"Operasi akan diteruskan sehingga Sabtu ini jika masih tiada petunjuk baharu yang diperoleh.

Artikel Berkaitan:

Operasi SAR melibatkan beberapa agensi antaranya polis, Maritim Malaysia dan APM.
Operasi SAR melibatkan beberapa agensi antaranya polis, Maritim Malaysia dan APM.

"Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat terkini kejadian berkenaan, boleh terus ke Pangkalan Hadapan Carilamat yang turut didirikan oleh polis dan APM yang terletak di Dewan Komuniti Nelayan Kampung Sungai Pinang," katanya lagi.

Sebelum ini, dua lelaki dilaporkan hilang selepas bot yang dinaiki mereka hanyut di perairan Keracut, Kuala Sungai Pinang di sini pada malam Selasa.

Mangsa, Nor Hasrul Abdullah, 25 dari Paya Kongsi dan rakannya, Muhamad Ikmal Hakimi Ismail, 22 dari Titi Teras dilaporkan hilang pada jam 7 malam selepas bot yang dinaiki mereka dikatakan mengalami kerosakan enjin.

Kedua-dua mangsa didapati menaiki sebuah bot berwarna biru dan merah yang tidak mempunyai nombor pendaftaran.

Dalam pada itu, Razali berkata, berdasarkan rekod 2024, sebanyak 11 mayat telah ditemukan oleh Maritim Pulau Pinang yang merangkumi pelbagai insiden di laut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!