BNM umum dua langkah kurangkan beban kenaikan bayaran premium insurans

BNM melaksanakan dua langkah interim bagi mengurangkan beban kewangan pemegang polisi insurans, susulan kenaikan pembayaran premium. Foto hiasan
BNM melaksanakan dua langkah interim bagi mengurangkan beban kewangan pemegang polisi insurans, susulan kenaikan pembayaran premium. Foto hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) melaksanakan dua langkah interim bagi mengurangkan beban kewangan pemegang polisi insurans, susulan kenaikan pembayaran premium.

Menerusi satu kenyataan hari ini, BNM berkata, syarikat insurans akan memanjangkan tempoh perubahan premium untuk sekurang-kurangnya tiga tahun.

Ujarnya, langkah ini akan dilaksanakan sehingga akhir tahun 2026.

"Langkah ini akan memastikan sekurang-kurangnya 80 peratus pemegang polisi insurans mengalami kenaikan premium kurang 10 peratus.

"Bagaimanapun, langkah ini tidak terpakai kepada kenaikan premium yang boleh dikenakan kepada pemegang polisi yang beralih ke kategori umur yang lebih tinggi," katanya.

BNM berkata, pemegang polisi yang telah menyerahkan polisi, atau polisi mereka telah luput tahun ini disebabkan penetapan semula pembayaran premium, boleh menghubungi syarikat insurans masing-masing.

Ini bagi memohon polisi mereka diaktifkan semula berdasarkan premium yang dilaraskan menerusi langkah ini, tanpa keperluan underwriting.

Kenyataan itu menyebut, langkah kedua ialah kerajaan bersama syarikat insurans dan hospital swasta akan menyumbang RM60 juta untuk mempercepat pembaharuan sistem kesihatan.

Artikel Berkaitan:

"Ini termasuk pelaksanaan model pembayaran diagnosis-related group dan penyiaran kos prosedur perubatan lazim bagi meningkatkan ketelusan," katanya.

Pada minggu lalu, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, BNM akan mengumumkan butiran lanjut mengenai langkah-langkah interim bagi mengatasi kenaikan kadar premium insurans.

Beliau berkata dalam hal ini, penglibatan semua pihak berlandaskan prinsip pendekatan keseluruhan negara amat penting. - Awani

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!